BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 14, 2008

DEBAT OH DEBAT....

Hari ini 14 Mei 2008.Esok kontijen UMT yang terdiri daripada 1 pasukan Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris akan berjuang di Pertandingan Debat Piala Sultan Zainal Abidin yang akan diadakan di UiTM Dungun pada 15-18 Mei 2008. Selesai debat PISZA, perjuangan diteruskan untuk Debat Perpaduan yang diadakan di Universiti Utara Malaysia bermula 20-25 Mei 2008. Tarikh kedua-dua pertandingan ini sangat-sangat la hampir, maka semua pendebat UMT mesti melipatgandakan usaha. Untuk debat PISZA, usul hanya akan diberi ketika taklimat di sana berbanding pertandingan debat yang lain, usul dikeluarkan seminggu sebelum pertandingan. Mungkin ini satu kelainan bagi PISZA selain merupakan satu-satunya pertandingan debat yang melibatkan IPT pantai timur dan sudah tentu merupakan cabaran yang besar buat para pendebat. Dek kerana debat-debat yang banyak di waktu cuti ini juga menyebabkan aku terpaksa mengorbankan waktu cuti hampir sebulan, terpaksa memujuk kakakku yang merajuk kerana aku tak balik rumah lagi sepanjang beliau bercuti, menghabiskan elaun bulanan kerana kos tinggal di asrama adalah persendirian. Mungkin pengorbanan ini tak seberapa berbanding orang lain yang lagi jauh dan sebagainya. Tapi aku langsung tak kisah pun sebenarnya..kerana...aku dah jatuh cinta dengan dunia debat ni. :-)

Selepas kedua-dua debat ni, banyak lagi debat yang akan menyusul seperti Debat Pengguna di UNITEN, Debat Alam Sekitar di UMS, dan yang paling dinantikan Debat Kemerdekaan di UMT...

hmm..16 Mei bakal menjelang..Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar aku erti kehidupan x kira dari tadika, sekolah hingga ke UMT ini..juga buat semua 'guru' yang oernah hadir di sepanjang perjalanan hidup ini...SELAMAT HARI GURU...


1 Cerita baru:

Rizdiahk Nahraf said...

gile ko bercinta ngan dunia debat?? ishk3....malang..malang....