BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 9, 2008

Tag lagi....

Assalamualaikum..Salam Aidiladha buat semua...hayati la erti pengorbanan di sebalik peristiwa Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S..Jangan tau makan daging je..hehe..ok la, post kali ni hanya untuk menjawab 'tag' dr Siddiq UTP.. Walaupun waktunya dah expire mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan, takpe la, saya nak juga jawab..haha, sebab kering idea untuk post baru..hihi.. Saya jawab ye.....

1.Di manakah jejaka/ wanita idaman anda berada?
Tak tau dah kat mana..dah lost..huhu.
2. Dia tahu atau tidak anda menaruh perasaan terhadapnya?
Ha’ah..mesti la tak tau..haha..
3. Sejak bilakah anda menaruh perasaan tehadap dia?
Sejak tengok dia ke surau sembahyang subuh...hehe..tak tau sebenarnya..
4. Pernahkah anda memberi isyarat kepadanya?
Sepastinya tidak..
5. Kalau ada, apa bentuk isyarat yang anda berikan?
Tak payah jawab..
6. Aspek manakah padanya yang membuatkan anda meminatinya? ( Bentuk Tubuh? Pekertinya? Sikap Caring nya? Rupanya? )
Tak tahulah...pekerti kot...

7. Apakah perasaan anda apabila melihat si dia?
Tak ada Perasaan..

8. Sekiranya aku menjadi si dia, aku akan menerima diriku kerana ……
(abiskan ayat ini dengan jumlah minimun 30 patah perkataan.)

Tak payah jawab kot soalan ni, sebab aku tak nak jadi dia sebab kalu dah jadi dia, cemane aku nak suka dia kan??..hehe...walaupun tak cukup perkataan, aku dah jawab soalan...hihi..



hehe, dah pun selesai, sikit je soalannye..nasib baik..ni pulak, peraturan-peraturan tag kali ni...


Peraturan tagged cukup mudah :
1. Jawab dengan penuh ikhlas dan “berperasaan”.
2. Biar ada hubungkait yang jelas antara soalan dan jawapan.
3. Perlu menjawab tagged aku dalam masa 5 hari.
4. Perlu mentagged orang lain selain SAYA!


OK, selesai tugasan, nak bagitau siapakah insan bertuah yang Mesti jawab tag saya..lebih 5 hari pun takpe..kali ni, saya nak kenalkan adik-adik dan kakak (eh, ada abang sorang..hehe) saya pulak....jalan-jalan la kat blog mereka ni ye..dipersilakan jawab ye adik-beradikku....



Salam Aidiladha,
~Jijah~

0 Cerita baru: