BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 10, 2009

Berangan-angan Di Pagi Hari...

Amaran : bahagian atas entri ini hanyalah repekan sahaja..hehe

Assalamualaikum.....
sedar tak sedar, sudah tamat semester 5 pengajian beberapa jam lagi seusai paper pomologi..hmm...dalam kepala sudah mula mencongak2 ke mana arah tuju selepas ini. hoho...motif entri ni sebenarnya nak cerita macamana subjek pomologi ini tiba-tiba membuatkan saya terfikir untuk menceburi bidang pertanian..wahwah...

bayangkan saya jadi usahawan tani wanita..wah...haha...perasan...tp tu la..sepanjang baca nota pomologi ni, mmg kepala ligat betul duk pikir nak apply kat ladang sendiri..wiwi.. seronoknya kalau jadi kenyataan...

mula-mula bukak ladang betik...ok, sy mmg terpengaruh dgn novel Tunggu Teduh Dulu by Faisal Tehrani...varieti eksotika ke..hehe...pastu dah agak2 cukup modal, nak ternak kambing plak..buah2 betik tu sy akan cuba dapatkan status Malaysia Best..baru boleh eksport jauh-jauh..bayangkan ladang yang teratur dgn pokok betik yang dijaga rapi..wah..lepas tu cuba dapatkan status sijil Amalan Perladangan yang Baik (GFP).. makin tinggi nilai keluaran..pastu ladang tu pun bukak jadi eko-pelancongan..orang boleh datang melawat dan merasa produk2 keluaran ladang tu..wah...pastu majukan lagi, bukak ladang organik plak.. hmm..bahagianya berangan..well, dari angan-angan la akan datang impian untuk dicapai...hihi..

ok, dah hujung-hujung pengajian ni, saya perlu untuk berfikir langkah seterusnya dalam kehidupan..beberapa pilihan saya sudah kenalpasti, tapi masih belum membuat sebarang kata putus..antara option yang saya ada dan minat adalah :-

1- Sambung master terus sbb alang2 habis umur muda lagi...

2-Sambung master tapi semester disember sbb sy rasa sy perlukan sedikit masa untuk menjana my passion untuk study yang makin hilang...dalam tempoh tersebut, saya akan laksanakan beberapa perkara yang sy ingin accomplish sekian lama iaitu, ambil lesen kereta, belajar lagi buat cake dan dalam masa yang sama saya nak jual kek untuk menjana pendapatan.

3-Bekerja...saya ada kontrak dgn kerajaan selaku penerima biasiswa JPA...

hmm..itu je la kot yang terlintas setakat ni dan saya belum memilih which one is better for me..suka saya untuk mendengar pendapat anda sekalian.. :).. ok la..stakat tu je kali ni..exam pukul 9 nanti..wish me luck...buat kawan-kawan Post Harvest, good luck untuk paper Pomologi, paper terakhir kita sem kedua last ni....moga kita semua berjaya...


p/s : mission lepas hantar tesis tahun depan : bercucuk tanam di halaman rumah....ingtkan saya klu sy lupa....

Good Luck,
~Jijah~

2 Cerita baru:

. said...

Gud luck Jijah!

Cik Jijah said...

tq...hoho...doakan yg terbaik utk saya ye..susah tu nk pilih option2.tu..hoho