Perjumpaan pertama DEMI yang saya hadiri adalah sesi motivasi yang dikendalikan oleh abang uzair, mantan presiden DEMI....ok, masa ni memang dah jatuh cinta dah dkt kelab ni melihat kepada keakraban antara ahli2 yang sedia ada dan konsep family yg ada dalam kelab ni. walaubagaimanapun, selepas satu dan 2 perjumpaan slpas itu, saya tidak lagi menghadiri perjumpaan DEMI. bukan bosan dengan kelab, tapi kegagalan diri sendiri utk mengatur jadual seharian. tapi, mungkin jodoh saya dan DEMI masih panjang, suatu hari, saudari Izzatul Huda telah mengajak saya untuk ke perjumpaan DEMI, AGM kelab kalau sy x silap. di situ lah, bermulanya kembali dunia saya dan DEMI yang insyaAllah sampai bila2 pun x dpt dipisahkan. training untuk debat diraja 2007, merupakan pendedahan awal saya kepad dunia seorang pendebat. sebulan kami berlatih bersungguh-sungguh, exam pun, latihan tetap diteruskan, saya mula ketagih dengan debat...hehe.. Alhamdulillah, saya terpilih ke dalam pasukan debat UMT. ternyata, sokongan dan dorongan oleh ahli kelab dan senior2 mmbawa hasil. saya masih ingat aktiviti 3 stesyen yg dilakukan dulu2...haha...klakar bila ingat abg gary dan abg uzair suruh saya bidas 'gajah tidak boleh masuk ke dalam peti'..haha..
Bermula dari debat diraja, perjuangan saya dan DEMI, tidak boleh dipisahkan lagi..memang mcm dah ketagih dah...haha..bukan ketagih tapi ada sesuatu yang mengikat saya untuk terus bersama kelab ini yakni ikatan kekeluargaan antara kami yang terbina...walaupun ada badai yang melanda, itu cuit2 sayang namanya. :) ...FYI, spnjg bergelar mahasiswa UMT, saya hanya terlibat aktif dengan 1 kelab ni sahaja, tp sy betul2 fokus dgn yg satu ini..bagi saya, tak perlu la untuk ada banyak kelab tapi tidak ada sumbangan untuk kita, dan kita pun tak mampu menyumbang kepada kelab.
Sebenarnya, terlalu banyak kenangan saya dan DEMI, kalau nak cerita semua entah bila akan habis. entri ini ditulis khas selepas saya selamat meletakkan jawatan selaku setiausaha yang saya pegang selama 2 tahun..maaf, kerana saya hanyalah setiausaha yang mungkin cukup setia tapi tak cukup usaha,...eheh...dan masa saya selaku ahli DEMI juga sudah tidak panjang....tggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum saya akan secara rasmi bergelar alumni DEMI. hakikat perpisahan dengan kelab yang saya amat sayangi ini harus saya hadapi..
Kesimpulannya, sepanjang saya berorganisasi dan menganggotai mana2 kelab, belum ada kelab yang benar2 meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada saya sepertimana kelab ini..memori ini, memori terindah bergelar mahasiswa..saya tak pernah menyesal sibuk ke sana ke mari, penat dan lelah kerana kasih dan sayang saya kepada kelab ini mengatasi segalanya..
Cukuplah setakat ini dulu, pesan saya buat adik2 yg baru ingin aktif dan menyertai DEMI, percayalah, di kelab ini, anda akan menjumpai sesuatu yang cukup istimewa dan mungkin tiada di tempat lain. seperti yg selalu dikatakan oleh k.kama, di dalam kelab ini lah kita bebas untuk menjadi diri sendiri atau kelihatan bodoh, kerana kelab ini adalah keluarga kita yang disayangi, yang dapat menerima kita seadanya dan bak kata Aini, setiap orang berhak untuk bersuara di dalam kelab ini. DEMI bukan sekadar untuk debat shj...it is more than just talk.....
Ok, itu sahaja....good luck buat kepimpinan baru kelab DEMI, selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya....juga selamat bercuti buat semua yang bercuti dan juga happy chinese new year 4 those yg celebrate....
Salam kasih & sayang,
~Jijah~


