BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 3, 2009

Kembara DAS 09...

Assalamualaikum…..hoho..lama sungguh tak jenguk blog ni.. pelajar tahun akhir katakan..haha..geli..proposal FYP tak siap-siap pun lagi..hoho..dah la present time cuti..benci la…rugi je cuti 3 hari..

Ok, DAS dah lama habis, dah ramai pun yang tulis..takpelah lmbt sikit..pasukan UMT sekadar berada di tangga 14 dengan hanya 3 kali menang. Untuk rekod, pasukan UMT telah mengalami kekalahan 3 KALI untuk KETIGA-TIGA perlawanan hari pertama..gedebuk jatuh semangat..memang rasa nak balik terus..nasib baik bas tak ada..terima kasih UMT..haha..Alhamdulillah, rupanya rezeki kami di hari kedua walaupun impian break quarter masih belum tercapai..hoho..tahniah dan terima kasih buat UTP untuk penganjuran DAS kali ini terutama buat usher kami, Kong yang sangat banyak membantu dan memberi sokongan kepada kami.

Ok, entri kali ni sebenarnya khas untuk K.she…hehe..ni la pengalaman yang takkan boleh lupa sampai bila-bila tu…ceritanya begini, tentang puteri Sheila dan gulai tempurung..teet…salah cerita..sorry mr.paris..haha

Setelah berakhir DAS, pasukan UMT dan UDM selaku jiran yang saling bekerjasama telahpun menaiki bas untuk kembali ke bumi Terengganu tercinta. Perjalanan dimulakan kira-kira jam 1430 dari bumi Tronoh. Kitorg akan lalu jalan Simpang Pulai-Gua Musang-Kuala Krai-Terengganu..itu cadangannya dan alang-alang lalu, kami akan singgah seketika di Cameron Highland dan kami selamat tiba di sana kira-kira jam 1730..lalu kami pun berjalan-jalan, makan-makan dan shopping dengan meriahnya. Sebelum jam 1900 kami telah mula bertolak dari Cameron untuk pulang..perjalanan pada mulanya lancar sahaja..tiba-tiba bas mula tersekat-sekat waktu naik bukit..hoho..tapi setelah dibaiki, perjalanan diteruskan lagi…selepas bas melewati kawasan pertanian lojing, bas skali lagi tersengguk-sengguk..hoho..kali ni lagi hebat..keluar asap siap..semua orang pun cemas2..pak cik driver akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti setelah memilih tempat yang sedikit selamat dan bas akhirnya almost completely collapse dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi dalam situasi ketika itu. Jam menunjukkan jam 2030..kami telah tersadai di kawasan perbukitan..suasana mulai cemas kerana lampu sudah tidak dapat dihidupkan dan keadaan luar yang gelap..masing-masing mencapai telefon tapi malangnya ‘No Network Coverage’..Subhahanallah dugaan buat kami semua..driver kami telah mengambil risiko untuk membonceng motor orang asli yang kebetulan lalu di kawasan itu untuk mencari kawasan yang ada line supaya dpt menghubungi pihak yang boleh memberi bantuan..waktu tu masih awal, banyak lagi kenderaan yang lalu lalang tapi tiadapun yang mahu berhenti sekadar membunyikan hon..hanya sebuah lori yang berhenti bertanya khabar dan memberi bantuan setakat yang termampu. Kami semua keluar dari bas waktu itu memandangkan suhu yang makin tinggi di dalam bas..bunga-bunga yang dibeli di Cameron juga dicampak keluar bimbang layu. Akhirnya driver tadi pulang dengan khabar mengatakan bas lain telah bertolak dari UDM dan kami perlu untuk menunggu hingga jam 0130 atau 0200..lama lagi tu..sangat lama sampaikan tak tahu dah nak buat apa..cuba bayangkan situasinya tanpa penghawa dingin, tanpa cahaya lampu, tanpa talian telefon, jalan yang sangat sunyi tanpa satu pun lampu jalan dan diatas bukit.. perit tapi tak mengapa, pengalaman baru dan mungkin tak ada pendebat lain yang berhadapan situasi ini untuk pulang..bila malam makin pergi, tengah malam pula menjengah, kami semua diarahkan untuk berada di dalam bas kerana pelbagai ancaman yang boleh berlaku. Kawasan itu pula antara kawasan yang dikatakan menjadi laluan gajah..takutnya kami tuhan saja yang tahu..dalam hati, tidak putus-putus berdoa moga keselamatan kami semua terjaga. Zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran dialunkan terus menerus bagi memohon perlindungan dari Allah S.W.T.. akhirnya, kami semua terlelap dengan rasa yang bercampur-baur…resah menanti bas tiba, perut yang lapar, tekak yang dahaga..sejam demi sejam berlalu, bas penyelamat masih belum kunjung tiba hinggalah jam 0600 pagi, saya dikejutkan dengan silauan lampu..Alhamdulillah, bas telah tiba..kami pun mula berpindah ke bas baru..jam 0630, bas bertolak ke Gua Musang..sedar tak sedar hampir 10 jam kami terkandas..sampai sahaja ke kawasan yang ada line, berdecit2 telefon masing-masing..puluhan miscall dari pengiring kami yang kerisauan..perjalanan diteruskan lagi setelah berhenti rehat di Gua Musang..lega rasanya apabila wajah disimbah air, perut diisi nasi kerabu dan tekak disaji teh o ais..namun, dugaan kedua pula datang apabila kami tersalah masuk jalan yang baru siap separuh dan hanya kami ketahui setelah hampir setengah jam di laluan tersebut menyebabkan kami terpaksa berpatah balik..rugi sejam..akhirnya setelah pelbagai dugaan melanda, akhirnya kami tiba di bumi UMT kira-kira jam 1400..rumusannya, perjalanan kami untuk pulang dari UTP ke UMT kali ini hampir mencapai 24 jam..hoho..

Hmm..panjang cerita kali ni..saja je nak guna ayat skema..bagi feeling2 ala-ala baca catatan kembara dalam buku gitu..haha…ngok ngek sebab tehantuk loker dekat APBM la ni..haha…so, itu la ceritanya k.she…perjalanan debat yang paling mencabar setakat ni..haha..memang tak boleh dilupakan..buat team UDM, terima kasih banyak-banyak kerana banyak tolong kami dalam debat edisi kali ni..kenangan kita paling indah ni terutama part gulai tempurung mr.paris..confirm gelak bila ingat balik walaupun masa tu situasi genting gila2..haha..

OK, dah penat bercerita…sampai sini sahaja…panjang lebar saya cerita utk k.she ni..hehe

p/s: k.she, ada lagi cite best..nnti jumpa saya bagitau lagi…haha…

Salam Pelajar Tahun Akhir..haha

~ Cik Jijah~