Wednesday, July 10, 2013
New Life
Posted by Cik Jijah at 3:45 PM 0 Cerita baru
Labels Cameron Highlands, Kehidupan
Monday, August 2, 2010
i'm back..... ^_^
Assalamualaikum........weee...its been sooooooo long......haha..........sampai dah lupa ada blog...haha....mungkin penangan FB kan...jadi malas nak menaip...update status je kt sana...ish3...apa nak jadi...kesian kat blog ni...heee...tQ K.Nur sebab bagi saya mood untuk kembali ke sini..hehe....dulu konon sibuk blaja xde masa nak update...sekarang cuti panjang gila2 pun x update jugek...haha..ok2..ni dah insaf kejap ni...mari kita activatekan balik blog ni ya...ayuhh....hee..
disebabkan sudah terlalu lama tak update blog, maka saya akan simpulkan dalam bentuk point2 penting ye...hehe...tu pun kalau ada org nak bacalah kan...
- Lesen memandu ~ wee....saya dah mula belajar memandu kereta...hee..tapi punyalah lama tggu lesen L siap...org pejabat salah buat..hish....sakit hati...dah lama tertunggak ni....selasa ni baru nak g sambung blajar utk lesen P...huhu...wish me luck

- DAS ~ Sekali lagi UMT telah terpilih menjadi tuan rumah untuk debat alam sekitar tahun ini...so, walaupun dah alumni, tp tetap nak jugak menyebok kat situ...hehe...tahniah adik2 saya atas penganjuran kali ini dan juga terima kasih kerana sudi menerima kehadiran orang tua ni...hehe....dan DAS kali ini juga saya rasakan satu peluang utk sy mengenali dan mengasihi adik2 saya...... sy memang sayang anda semua.....wee...tahniah juga utk UTP yg menjadi johan..


- I'm officially graduated ~ 25 Julai lepas is my convocation day...wee...x sangka dah habis belajar...huhu....i got my degree and i'm only 21 y.o.....heee....muda lagi kan...tapi tak tahu lagi nak sambung lagi ke tak sebab hati dah kata nak keje dulu...hari tu g interview SPA untuk jawatan pegawai penyelidik sains pertanian, doa2kanlah saya dapat ye....amin3.....

- dan yang terbaru, saya sekarang sangat sibuk dengan persiapan untuk majlis kakak saya lepas raya ni...pergi cari baju lah, tempah kad dan semuanyalah...hinggalah kursus kahwin pun sy join sekali....hehe..so, dah ada sijil dah...hehe...mohon doa kalian semua untuk kelancaran dan keberkatan bakal pengantin ye....

p/s: i'm looking 4 job...so, klu ada kerja kosong, bolehlah maklumkan ek...tQvm....
Posted by Cik Jijah at 12:10 AM 7 Cerita baru
Labels bibik, Kehidupan, macam-macam
Tuesday, November 10, 2009
Berangan-angan Di Pagi Hari...
sedar tak sedar, sudah tamat semester 5 pengajian beberapa jam lagi seusai paper pomologi..hmm...dalam kepala sudah mula mencongak2 ke mana arah tuju selepas ini. hoho...motif entri ni sebenarnya nak cerita macamana subjek pomologi ini tiba-tiba membuatkan saya terfikir untuk menceburi bidang pertanian..wahwah...
bayangkan saya jadi usahawan tani wanita..wah...haha...perasan...tp tu la..sepanjang baca nota pomologi ni, mmg kepala ligat betul duk pikir nak apply kat ladang sendiri..wiwi.. seronoknya kalau jadi kenyataan...
mula-mula bukak ladang betik...ok, sy mmg terpengaruh dgn novel Tunggu Teduh Dulu by Faisal Tehrani...varieti eksotika ke..hehe...pastu dah agak2 cukup modal, nak ternak kambing plak..buah2 betik tu sy akan cuba dapatkan status Malaysia Best..baru boleh eksport jauh-jauh..bayangkan ladang yang teratur dgn pokok betik yang dijaga rapi..wah..lepas tu cuba dapatkan status sijil Amalan Perladangan yang Baik (GFP).. makin tinggi nilai keluaran..pastu ladang tu pun bukak jadi eko-pelancongan..orang boleh datang melawat dan merasa produk2 keluaran ladang tu..wah...pastu majukan lagi, bukak ladang organik plak.. hmm..bahagianya berangan..well, dari angan-angan la akan datang impian untuk dicapai...hihi..
1- Sambung master terus sbb alang2 habis umur muda lagi...
2-Sambung master tapi semester disember sbb sy rasa sy perlukan sedikit masa untuk menjana my passion untuk study yang makin hilang...dalam tempoh tersebut, saya akan laksanakan beberapa perkara yang sy ingin accomplish sekian lama iaitu, ambil lesen kereta, belajar lagi buat cake dan dalam masa yang sama saya nak jual kek untuk menjana pendapatan.
3-Bekerja...saya ada kontrak dgn kerajaan selaku penerima biasiswa JPA...
hmm..itu je la kot yang terlintas setakat ni dan saya belum memilih which one is better for me..suka saya untuk mendengar pendapat anda sekalian.. :).. ok la..stakat tu je kali ni..exam pukul 9 nanti..wish me luck...buat kawan-kawan Post Harvest, good luck untuk paper Pomologi, paper terakhir kita sem kedua last ni....moga kita semua berjaya...
p/s : mission lepas hantar tesis tahun depan : bercucuk tanam di halaman rumah....ingtkan saya klu sy lupa....
Good Luck,
~Jijah~
Posted by Cik Jijah at 5:49 AM 2 Cerita baru
Labels Campus Life, Kehidupan, Pertanian
Monday, August 3, 2009
Kembara DAS 09...
Assalamualaikum…..hoho..lama sungguh tak jenguk blog ni.. pelajar tahun akhir katakan..haha..geli..proposal FYP tak siap-siap pun lagi..hoho..dah la present time cuti..benci la…rugi je cuti 3 hari..
Ok, DAS dah lama habis, dah ramai pun yang tulis..takpelah lmbt sikit..pasukan UMT sekadar berada di tangga 14 dengan hanya 3 kali menang. Untuk rekod, pasukan UMT telah mengalami kekalahan 3 KALI untuk KETIGA-TIGA perlawanan hari pertama..gedebuk jatuh semangat..memang rasa nak balik terus..nasib baik bas tak ada..terima kasih UMT..haha..Alhamdulillah, rupanya rezeki kami di hari kedua walaupun impian break quarter masih belum tercapai..hoho..tahniah dan terima kasih buat UTP untuk penganjuran DAS kali ini terutama buat usher kami, Kong yang sangat banyak membantu dan memberi sokongan kepada kami.
Ok, entri kali ni sebenarnya khas untuk K.she…hehe..ni la pengalaman yang takkan boleh lupa sampai bila-bila tu…ceritanya begini, tentang puteri Sheila dan gulai tempurung..teet…salah cerita..sorry mr.paris..haha
Setelah berakhir DAS, pasukan UMT dan UDM selaku jiran yang saling bekerjasama telahpun menaiki bas untuk kembali ke bumi Terengganu tercinta. Perjalanan dimulakan kira-kira jam 1430 dari bumi Tronoh. Kitorg akan lalu jalan Simpang Pulai-Gua Musang-Kuala Krai-Terengganu..itu cadangannya dan alang-alang lalu, kami akan singgah seketika di Cameron Highland dan kami selamat tiba di sana kira-kira jam 1730..lalu kami pun berjalan-jalan, makan-makan dan shopping dengan meriahnya. Sebelum jam 1900 kami telah mula bertolak dari Cameron untuk pulang..perjalanan pada mulanya lancar sahaja..tiba-tiba bas mula tersekat-sekat waktu naik bukit..hoho..tapi setelah dibaiki, perjalanan diteruskan lagi…selepas bas melewati kawasan pertanian lojing, bas skali lagi tersengguk-sengguk..hoho..kali ni lagi hebat..keluar asap siap..semua orang pun cemas2..pak cik driver akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti setelah memilih tempat yang sedikit selamat dan bas akhirnya almost completely collapse dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi dalam situasi ketika itu. Jam menunjukkan jam 2030..kami telah tersadai di kawasan perbukitan..suasana mulai cemas kerana lampu sudah tidak dapat dihidupkan dan keadaan luar yang gelap..masing-masing mencapai telefon tapi malangnya ‘No Network Coverage’..Subhahanallah dugaan buat kami semua..driver kami telah mengambil risiko untuk membonceng motor orang asli yang kebetulan lalu di kawasan itu untuk mencari kawasan yang ada line supaya dpt menghubungi pihak yang boleh memberi bantuan..waktu tu masih awal, banyak lagi kenderaan yang lalu lalang tapi tiadapun yang mahu berhenti sekadar membunyikan hon..hanya sebuah lori yang berhenti bertanya khabar dan memberi bantuan setakat yang termampu. Kami semua keluar dari bas waktu itu memandangkan suhu yang makin tinggi di dalam bas..bunga-bunga yang dibeli di Cameron juga dicampak keluar bimbang layu. Akhirnya driver tadi pulang dengan khabar mengatakan bas lain telah bertolak dari UDM dan kami perlu untuk menunggu hingga jam 0130 atau 0200..lama lagi tu..sangat lama sampaikan tak tahu dah nak buat apa..cuba bayangkan situasinya tanpa penghawa dingin, tanpa cahaya lampu, tanpa talian telefon, jalan yang sangat sunyi tanpa satu pun lampu jalan dan diatas bukit.. perit tapi tak mengapa, pengalaman baru dan mungkin tak ada pendebat lain yang berhadapan situasi ini untuk pulang..bila malam makin pergi, tengah malam pula menjengah, kami semua diarahkan untuk berada di dalam bas kerana pelbagai ancaman yang boleh berlaku. Kawasan itu pula antara kawasan yang dikatakan menjadi laluan gajah..takutnya kami tuhan saja yang tahu..dalam hati, tidak putus-putus berdoa moga keselamatan kami semua terjaga. Zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran dialunkan terus menerus bagi memohon perlindungan dari Allah S.W.T.. akhirnya, kami semua terlelap dengan rasa yang bercampur-baur…resah menanti bas tiba, perut yang lapar, tekak yang dahaga..sejam demi sejam berlalu, bas penyelamat masih belum kunjung tiba hinggalah jam 0600 pagi, saya dikejutkan dengan silauan lampu..Alhamdulillah, bas telah tiba..kami pun mula berpindah ke bas baru..jam 0630, bas bertolak ke Gua Musang..sedar tak sedar hampir 10 jam kami terkandas..sampai sahaja ke kawasan yang ada line, berdecit2 telefon masing-masing..puluhan miscall dari pengiring kami yang kerisauan..perjalanan diteruskan lagi setelah berhenti rehat di Gua Musang..lega rasanya apabila wajah disimbah air, perut diisi nasi kerabu dan tekak disaji teh o ais..namun, dugaan kedua pula datang apabila kami tersalah masuk jalan yang baru siap separuh dan hanya kami ketahui setelah hampir setengah jam di laluan tersebut menyebabkan kami terpaksa berpatah balik..rugi sejam..akhirnya setelah pelbagai dugaan melanda, akhirnya kami tiba di bumi UMT kira-kira jam 1400..rumusannya, perjalanan kami untuk pulang dari UTP ke UMT kali ini hampir mencapai 24 jam..hoho..
Hmm..panjang cerita kali ni..saja je nak guna ayat skema..bagi feeling2 ala-ala baca catatan kembara dalam buku gitu..haha…ngok ngek sebab tehantuk loker dekat APBM la ni..haha…so, itu la ceritanya k.she…perjalanan debat yang paling mencabar setakat ni..haha..memang tak boleh dilupakan..buat team UDM, terima kasih banyak-banyak kerana banyak tolong kami dalam debat edisi kali ni..kenangan kita paling indah ni terutama part gulai tempurung mr.paris..confirm gelak bila ingat balik walaupun masa tu situasi genting gila2..haha..
OK, dah penat bercerita…sampai sini sahaja…panjang lebar saya cerita utk k.she ni..hehe
p/s: k.she, ada lagi cite best..nnti jumpa saya bagitau lagi…haha…
Salam Pelajar Tahun Akhir..haha
~ Cik Jijah~
Posted by Cik Jijah at 9:31 PM 7 Cerita baru
Labels Campus Life, Debat, Kehidupan



