BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 16, 2009

After sooooo long.....

Assalamualaikum....hoho..lama dah tak buat benda-benda ni....sejak2 jarang update ni...tiba2 rasa nak buat....haha..tag by Emelia Kontesa @ Cerimanis yang memang manis yang sudi dtg jalan jauh-jauh sebab nak jumpa saya masa Debat Diraja hari tu...huhu...terharu....macam mimpi je bila nampak muka emy (walau dah rancang nak jumpa.. ^_^ ) sbb terlalu lama dah tak jumpa....weee.....ok....sy jawab tag beliau...hehe...

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?

sentap kejap...pastu feeling2 sedih...pastu...xpe la..cari lain la...haha

2. If you can have a dream to come true, what would it be?

Have a happily ever after... :)

3. Whose butt would you like to kick?

Nobody2 but you....haha...xde la..I budak baik..hehe

4. What would you do with a billion dollars?

Beli semua benda yang dah lama teringin spt cooking gadjet...wuuuu....

5. Will you fall in love with your best friend?

Tak tau la.....will kot...tak kot....ntah..haha

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?

those 2 comes 2gether....weee

7. How long do you intend to wait for someone you really love?

bila sampai masanya.... :p

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?

there always a better person waiting 4 u...

9. If you like to act with someone, who will it be? your gf/bf or an actress/actor?

tak tau....x suka berlakon..haha

10. What takes you down the fastest?

Lif....hehe

11. How would you see yourself in ten years time?

having a blessed life with my loving family n my career...but the Q is..What r my career??haha

12. What’s your fear?

Allah...

13.What kind of person do you think the person who tagged you is?

budak baik ni..cemerlang...gemilang dan terbilang....go emy...hehe

14. Would you rather be single and rich or married but poor?

Can I be married n rich???or at least sederhana cukup la...haha`

15. What’s the first thing you do when you wake up

Tengok jam...

16. Would you give all in a relationship?

depends on what kind of relationship...hehe

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?

tak nak la macam tu...boleh x cik cerimanis?? :)

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?

ukur tahap horrible 2 plis???klu kurg horror tu xde masalah kot...hehe

19.Do you prefer being single or having a relationship?

being single until i officially taken...hehe

20.List 5 people to tag
Nasrul
Hamka
Fadhilah
Waney
Huda

Wednesday, December 2, 2009

Memori Debat Diraja...

Assalamualaikum......malam ni kitorang dah nk bertolak ke UM.....sedar tak sedar, dah 3 kali royal aku pergi dan ini adalah royal terakhir...InsyaAllah.....

Ok...doakan kejayaan kami di UM...moga royal kali ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya..doakan juga kami selamat sampai dan selamat pulang...maklum la musim-musim banjir macam ni..harap-harap tak tersangkut la kat mana-mana..



Gambar sekitar latihan Debat Diraja



Good Luck Semua.........

p/s: tak mahu tragedi debat alam sekitar berulang kembali.....hoho

~Jijah~

Tuesday, November 10, 2009

Berangan-angan Di Pagi Hari...

Amaran : bahagian atas entri ini hanyalah repekan sahaja..hehe

Assalamualaikum.....
sedar tak sedar, sudah tamat semester 5 pengajian beberapa jam lagi seusai paper pomologi..hmm...dalam kepala sudah mula mencongak2 ke mana arah tuju selepas ini. hoho...motif entri ni sebenarnya nak cerita macamana subjek pomologi ini tiba-tiba membuatkan saya terfikir untuk menceburi bidang pertanian..wahwah...

bayangkan saya jadi usahawan tani wanita..wah...haha...perasan...tp tu la..sepanjang baca nota pomologi ni, mmg kepala ligat betul duk pikir nak apply kat ladang sendiri..wiwi.. seronoknya kalau jadi kenyataan...

mula-mula bukak ladang betik...ok, sy mmg terpengaruh dgn novel Tunggu Teduh Dulu by Faisal Tehrani...varieti eksotika ke..hehe...pastu dah agak2 cukup modal, nak ternak kambing plak..buah2 betik tu sy akan cuba dapatkan status Malaysia Best..baru boleh eksport jauh-jauh..bayangkan ladang yang teratur dgn pokok betik yang dijaga rapi..wah..lepas tu cuba dapatkan status sijil Amalan Perladangan yang Baik (GFP).. makin tinggi nilai keluaran..pastu ladang tu pun bukak jadi eko-pelancongan..orang boleh datang melawat dan merasa produk2 keluaran ladang tu..wah...pastu majukan lagi, bukak ladang organik plak.. hmm..bahagianya berangan..well, dari angan-angan la akan datang impian untuk dicapai...hihi..

ok, dah hujung-hujung pengajian ni, saya perlu untuk berfikir langkah seterusnya dalam kehidupan..beberapa pilihan saya sudah kenalpasti, tapi masih belum membuat sebarang kata putus..antara option yang saya ada dan minat adalah :-

1- Sambung master terus sbb alang2 habis umur muda lagi...

2-Sambung master tapi semester disember sbb sy rasa sy perlukan sedikit masa untuk menjana my passion untuk study yang makin hilang...dalam tempoh tersebut, saya akan laksanakan beberapa perkara yang sy ingin accomplish sekian lama iaitu, ambil lesen kereta, belajar lagi buat cake dan dalam masa yang sama saya nak jual kek untuk menjana pendapatan.

3-Bekerja...saya ada kontrak dgn kerajaan selaku penerima biasiswa JPA...

hmm..itu je la kot yang terlintas setakat ni dan saya belum memilih which one is better for me..suka saya untuk mendengar pendapat anda sekalian.. :).. ok la..stakat tu je kali ni..exam pukul 9 nanti..wish me luck...buat kawan-kawan Post Harvest, good luck untuk paper Pomologi, paper terakhir kita sem kedua last ni....moga kita semua berjaya...


p/s : mission lepas hantar tesis tahun depan : bercucuk tanam di halaman rumah....ingtkan saya klu sy lupa....

Good Luck,
~Jijah~

Sunday, November 8, 2009

Rindu kamu....

Assalamualaikum semua....hehe...lama sungguh x menulis..kekok2...hihi...ok..str8 to the point...malam ni n malam semalam tibe-tibe rase rindu sungguh kt mereka2 yg kt bwh ni...lm sgt dh x jumpa...sjak2 kita habis matrik dulu, ada la sekali 2 terjumpa..hoho..tp si bulat kt tgh tu mmg lm sgt2 dah x jmpa...cant wait 2 see u this coming disember..mudah-mudahan klu ada rezeki....wee...bila 2 malam berturutan ym ngn wahed n aina, aku tersedar 1 perkara....lm sgguh tidak berkongsi dgn mereka ini...sorry..mungkn saya bukan kawan yg baik..hoho....esok nk ym yuley plak la..dia ada presentation proposal esok...x leh kacau mlm ni..hehe


Dari kiri : Yuley (dont trust boy..hehe), Aina (si mata bulat yang tgh risau kebanjiran di kampungnya, Wahed (kawan dari zaman sekolah lg yg tersngkut di hutan Sintok sekarg..hehe..)

Siapa mereka bertiga ini???hehe...mereka lah yg menceriakan zaman matrikulasi.....haha....besh2 masa tu....mereka ni boleh dikatakan sbg :-
-teman sebantal
-teman sekatil
-teman semangkuk
-teman sepolistrine
-teman bergembira
-teman berduka
-teman seperjuangan
-teman segala-galanya lah....

kesimpulannya, kami mmg akrab masa matrik dulu....walaupun kami kuliah lain2, tutorial apetah lagi, bilik pun lain2 kecuali aina..siap blok lain lg wahed tu...tp akhirnya kami jadi 1 bilik..haha..hotel C1-02-25.....ye ke ek..x ingt dh..sorry, i'm bad with numbers..hoho..

korg ingt lagi tak dulu2 kita slalu :-
-lepak kat minimart...
-kdg2 ptg2 g duk blkg tangki air...haha
-student center mcm bilik kedua kita la...haha
-kuantan dah mcm kafe kita je..haha
-kuor g bazar ramadhan scr tbe2 je...
-hr jumaat mkn nasi ayam...pastu beli aiskrim starbuck..
-mlm minggu mkn megi 5 bungkus..haha
-mcm2 lg la aktiviti tak berfaedah kita dulu2...huhu...

ok...itu saja...rindu korg...babai...

Salam dari Kawanmu Yg Jauh,

~ Jijah ~

PERHATIAN..........

MAKLUMAN :-



~Saya tiba-tiba RINDU untuk ber'blogging'~


Sekian, Terima Kasih....

p/s: kredit utk alif sbb gerakkan hati saya utk bukak blog berkulat ini...wawawa

Monday, August 3, 2009

Kembara DAS 09...

Assalamualaikum…..hoho..lama sungguh tak jenguk blog ni.. pelajar tahun akhir katakan..haha..geli..proposal FYP tak siap-siap pun lagi..hoho..dah la present time cuti..benci la…rugi je cuti 3 hari..

Ok, DAS dah lama habis, dah ramai pun yang tulis..takpelah lmbt sikit..pasukan UMT sekadar berada di tangga 14 dengan hanya 3 kali menang. Untuk rekod, pasukan UMT telah mengalami kekalahan 3 KALI untuk KETIGA-TIGA perlawanan hari pertama..gedebuk jatuh semangat..memang rasa nak balik terus..nasib baik bas tak ada..terima kasih UMT..haha..Alhamdulillah, rupanya rezeki kami di hari kedua walaupun impian break quarter masih belum tercapai..hoho..tahniah dan terima kasih buat UTP untuk penganjuran DAS kali ini terutama buat usher kami, Kong yang sangat banyak membantu dan memberi sokongan kepada kami.

Ok, entri kali ni sebenarnya khas untuk K.she…hehe..ni la pengalaman yang takkan boleh lupa sampai bila-bila tu…ceritanya begini, tentang puteri Sheila dan gulai tempurung..teet…salah cerita..sorry mr.paris..haha

Setelah berakhir DAS, pasukan UMT dan UDM selaku jiran yang saling bekerjasama telahpun menaiki bas untuk kembali ke bumi Terengganu tercinta. Perjalanan dimulakan kira-kira jam 1430 dari bumi Tronoh. Kitorg akan lalu jalan Simpang Pulai-Gua Musang-Kuala Krai-Terengganu..itu cadangannya dan alang-alang lalu, kami akan singgah seketika di Cameron Highland dan kami selamat tiba di sana kira-kira jam 1730..lalu kami pun berjalan-jalan, makan-makan dan shopping dengan meriahnya. Sebelum jam 1900 kami telah mula bertolak dari Cameron untuk pulang..perjalanan pada mulanya lancar sahaja..tiba-tiba bas mula tersekat-sekat waktu naik bukit..hoho..tapi setelah dibaiki, perjalanan diteruskan lagi…selepas bas melewati kawasan pertanian lojing, bas skali lagi tersengguk-sengguk..hoho..kali ni lagi hebat..keluar asap siap..semua orang pun cemas2..pak cik driver akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti setelah memilih tempat yang sedikit selamat dan bas akhirnya almost completely collapse dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi dalam situasi ketika itu. Jam menunjukkan jam 2030..kami telah tersadai di kawasan perbukitan..suasana mulai cemas kerana lampu sudah tidak dapat dihidupkan dan keadaan luar yang gelap..masing-masing mencapai telefon tapi malangnya ‘No Network Coverage’..Subhahanallah dugaan buat kami semua..driver kami telah mengambil risiko untuk membonceng motor orang asli yang kebetulan lalu di kawasan itu untuk mencari kawasan yang ada line supaya dpt menghubungi pihak yang boleh memberi bantuan..waktu tu masih awal, banyak lagi kenderaan yang lalu lalang tapi tiadapun yang mahu berhenti sekadar membunyikan hon..hanya sebuah lori yang berhenti bertanya khabar dan memberi bantuan setakat yang termampu. Kami semua keluar dari bas waktu itu memandangkan suhu yang makin tinggi di dalam bas..bunga-bunga yang dibeli di Cameron juga dicampak keluar bimbang layu. Akhirnya driver tadi pulang dengan khabar mengatakan bas lain telah bertolak dari UDM dan kami perlu untuk menunggu hingga jam 0130 atau 0200..lama lagi tu..sangat lama sampaikan tak tahu dah nak buat apa..cuba bayangkan situasinya tanpa penghawa dingin, tanpa cahaya lampu, tanpa talian telefon, jalan yang sangat sunyi tanpa satu pun lampu jalan dan diatas bukit.. perit tapi tak mengapa, pengalaman baru dan mungkin tak ada pendebat lain yang berhadapan situasi ini untuk pulang..bila malam makin pergi, tengah malam pula menjengah, kami semua diarahkan untuk berada di dalam bas kerana pelbagai ancaman yang boleh berlaku. Kawasan itu pula antara kawasan yang dikatakan menjadi laluan gajah..takutnya kami tuhan saja yang tahu..dalam hati, tidak putus-putus berdoa moga keselamatan kami semua terjaga. Zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran dialunkan terus menerus bagi memohon perlindungan dari Allah S.W.T.. akhirnya, kami semua terlelap dengan rasa yang bercampur-baur…resah menanti bas tiba, perut yang lapar, tekak yang dahaga..sejam demi sejam berlalu, bas penyelamat masih belum kunjung tiba hinggalah jam 0600 pagi, saya dikejutkan dengan silauan lampu..Alhamdulillah, bas telah tiba..kami pun mula berpindah ke bas baru..jam 0630, bas bertolak ke Gua Musang..sedar tak sedar hampir 10 jam kami terkandas..sampai sahaja ke kawasan yang ada line, berdecit2 telefon masing-masing..puluhan miscall dari pengiring kami yang kerisauan..perjalanan diteruskan lagi setelah berhenti rehat di Gua Musang..lega rasanya apabila wajah disimbah air, perut diisi nasi kerabu dan tekak disaji teh o ais..namun, dugaan kedua pula datang apabila kami tersalah masuk jalan yang baru siap separuh dan hanya kami ketahui setelah hampir setengah jam di laluan tersebut menyebabkan kami terpaksa berpatah balik..rugi sejam..akhirnya setelah pelbagai dugaan melanda, akhirnya kami tiba di bumi UMT kira-kira jam 1400..rumusannya, perjalanan kami untuk pulang dari UTP ke UMT kali ini hampir mencapai 24 jam..hoho..

Hmm..panjang cerita kali ni..saja je nak guna ayat skema..bagi feeling2 ala-ala baca catatan kembara dalam buku gitu..haha…ngok ngek sebab tehantuk loker dekat APBM la ni..haha…so, itu la ceritanya k.she…perjalanan debat yang paling mencabar setakat ni..haha..memang tak boleh dilupakan..buat team UDM, terima kasih banyak-banyak kerana banyak tolong kami dalam debat edisi kali ni..kenangan kita paling indah ni terutama part gulai tempurung mr.paris..confirm gelak bila ingat balik walaupun masa tu situasi genting gila2..haha..

OK, dah penat bercerita…sampai sini sahaja…panjang lebar saya cerita utk k.she ni..hehe

p/s: k.she, ada lagi cite best..nnti jumpa saya bagitau lagi…haha…

Salam Pelajar Tahun Akhir..haha

~ Cik Jijah~

Wednesday, June 17, 2009

Minggu-minggu terakhir di IPM

Assalamualaikum semua..hoho..lama sangat tak menulis kat blog ni..sibuk sangat akhir-akhir ni..buat-buat sibuk sebenarnya..hehe...bila dah kerja ni, baru tau betapa penatnya orang pergi kerja..pergi pagi-pagi..balik dah petang..hoho..walaupun tak buat kerja sangat..tapi penat jugak..hoho..hmm..habis minggu ni, tinggal seminggu lagi LI di IPM ni..cepatnya masa..dah hampir 2 bulan..wuhuu...sedih campur gembira..gembira sebab LI dah nak habis..boleh cuti seminggu..haha..sebab dah nak masuk sem baru..tahun akhir..feewit..hahaha...sonok2... yang sedih tu sebab macam dah get along ngan tempat ni..hehe..macam best je kerja kat sini..nak kerja sini la..hehe..sedikit cerita tentang hari-hari terakhir seorang pelatih..hehe..kira hasil daripada IPM la..hehe

Kursus Asas Pemprosesan Ikan...
Kursus ni belaja basic pasal proses ikan..daripada ikan hidup-hidup tu..eh salah..dah mati..tapi yang tak siang lagi la..kitorang kena proses sampai jadi otoshimi dan surimi..lepas tu proses jadi produk..buat nugget, jejari, sosej, keropok dan burger otoshimi...5 hari kursus, memang puas hati..banyak input..boleh cover balik masa lapang yang tak buat kerja..peserta pulak pelbagai background dari seluruh negara..yang bestnya, ada sorg pak cik tu ajak kerja dengan dia bila habis belajar nanti..hoho...dapat elaun plak tu kursus ni..boleh la cover duit minyak..haha..



Kursus Ikan Ternakan..
yang ni kursus 2 hari je..tapi ok la...proses ikan patin, siakap, tilapia..filletkan ikan-ikan tu..pastu buat produk..breaded dan tempura..sedap ikan-ikan ni walaupun tak makan sangat ikan air tawar..tapi macam suka je..haha..bedal je la...mahal tu ikan-ikan tu..

Promosi Ikan Sungai Como..
Haa...ni memori paling best kat IPM...hehe..kami wakil IPM untuk pertandingan masak ikan air tawar..hoho..dah la seumur hidup tak pernah masak ikan patin..hoho..kami pun masak patin with lemon sauce and potato croqquette...hoho..saje try western food...cuba lari dari biase..tak nak klise...hehe..so, kitorg...mmestilah kalah..haha..mana boleh lawan mak cik2 tu semua..dah expert tu..siap dengan hiasan bagai..hoho..kitorg tak prepare pun apa-apa hiasan..haha..nasib baik kat pentas ada bunga..hahaha..gelak keji...lepas tu, things that 'unsangkarable' happen..haha...Chef Ismail yang jadi judge hari tu, masak menu sama dgn menu kami untuk demo masakan..hoho..terkejut gila..patut la dia dtg kat kitorg senyum2 je...mesti dia tak sangka ada jugak orang masak gini..hehe..ni la yang kitorg masak..hiasan mmg out la sbb kitorg salah timing..hehe..yang penting dapat sijil...



Kesimpulan, kami dapt pergi 2 kursus, 1 aktiviti luar..eh tambah lagi satu, ikut rombongan ke majlis kahwin puan norbaya...3 sijil dan dapat makan macam-macam jenis produk ikan..hoho..ok la..smpai sini je..bubbye...jumpa lagi..


p/s: tengah pening kepala buat report..tadi satu file yang dah buat bnyk dah corrupt sbb laptop jam..habis semua...huhu..tabahkan hati..


Salam dari yang melaporkan,

~Cik Jijah~

Friday, May 22, 2009

Kuih-muih

Assalamualaikum semua..entri ringkas kali ni..setakat nak tayang gambar kuih je..haha..
Tiramisu Biskut Marie..baru je siap..tak rasa pun lagi macamana la rasanya...



Ni pulak produk-produk berasaskan ikan yang kami buat masa kursus..nanti saya cerita lagi detail pasal kursus ni..best..hehe



Ni Japanese Soft Cotton Cheesecake....sedap sangat..gebu...



Yang last sekali ni, Puding Karamel yang buat untuk hantaran tunang sepupu..hoho...

Ok, sekian..jumpa lagi...

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Ulangtahun Sayang...



SELAMAT ULANGTAHUN BLOG TERSAYANG

sekejap je masa berlalu..tak sedar dah setahun di arena blogging..hoho..semoga saya terus bersemangat berblogging..hehe..


Oh ye..Alfatihah buat seorang sahabat kita yang telah pergi terlebih dahulu..pelajar tahun 2 Sains Biologi UMT,Nur Diyana Roslan..sama-sama kita doakan beliau tenang di sana..Amin..

Segala Tag..

Seperti yang dijanjikan..saya nak jawab semua tag yang tertunggak..saya jawab semampunya dan tak nak tag orang lain sebab saya jawab tag ni pun dah lambat (betul ke sebab mcm ni...haha)..mana2 yang saya lupa nak jawab tag dia bagitau la ye..tQ..

1) Tag dari Dayang Wani n Fauzi= tQ..sy mmg friendly..haha



Rule:
1. Put this badge in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links.
4. Let them know about this

~Selesai~


2) Tag dari Rezz paparazi



INSTRUCTION
1) Make a lisT of what u want on ur birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
4) Give it to 10 friends of Yours

so, my wish list gonna be...
1. Banglo sebijik
2. Lesen memandu...
3. bila dah ada lesen nak kereta la plak
4. Duit banyak2..haha
5. Kek birthday yang come dan sedap
6. Barang, alat-alat memasak
7. Mixer baru...cepat sikit buat kuih
8. Novel sbb dah lama tak baca novel
9. Earphone untuk laptop..
10.Rehat tanpa dikacau dan dilayan bagaikan puteri secukupnya..haha..permintaan yang diva sangat..

~Selesai~



3) Lagi tag dari Rezz

a) Two names you go by: Jijah, Ujah
b) Two things you are wearing right now: Baju Kurung and Tudung
c) Two things you want very badly at the moment: Tido n balik kerja
d) Two things you did last night just before bed: Surf tenet n basuh baju
e) Two thing you ate today: Tepung Kapur n Nasi Lemak

f) Two people you just spoke with: Mak, Ayah

g) Two things you are doing tomorrow: Pergi kerja n balik kerja
h) Two longest car rides: Dungun to Johor, KT ke Cameron kot..
i) Two favorite beverages: Teh O Peng Limau, Nescaffe
j) Two person who are chose to do this tag: Dg Wani n Nasrul

~Selesai~



4)Tag dari Cikgu Faiezi

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Cik Jijah Bercerita sebab saya suka bercerita..bergossip lagi la..haha

2.Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?!
jijah-umt.blogspot.com...mestilah sebab saya sayang U saya..hidup Universiti Malaysia Terengganu..haha

3. Apakah 'method' dalam penulisan blog anda?
Rasanya tak ada method khusus kot..penulisan bergantung kepada masa free, mood dan gosip yang nak dikongsi..hehe

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tidak..biarpun tak update..tapi bior je la dia kat situ..

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini? selamburb??
Menarik..dia suka menulis dan mengupdate..kalau baca kat blog ni, korang akan rasa kerja cikgu ni best jugak..

6. Senaraikan 5 orang yang akan anda tag:
Tak nak jawab soalan no 6 ni..haha..takpelah tak markah penuh pun..dapat A cukup la..hehe

~Selesai~


5)Tag dari Aizuddin Unitar


List 8 random facts about yourself and tag 8 people:

1 ) saya lahir bulan Mei..baru je lepas..tapi belum terlambat kalau nak bagi hadiah lagi..hehe

2 ) Saya suka masak kuih..suka sangat..tapi kadang-kadang tak ada masa..

3 ) Kat tempat LI ni, saya belajar buat nugget, sosej, burger..nanti boleh la buat lagi..hehe

4 ) Bakal pelajar tahun akhir UMT..haha..ulang lagi fakta ni sebab suka2 nk jadi final year student ni..hehe

5 ) Seorang setiausaha yang tak pandai jadi setiausaha

6 ) Saya dah settlekan bayaran PTPTN..yuhuu..saya BEBAS...

7 ) Suka tengok movie...

8 ) Penat dah fikir..tag ni membuatkan saya berfikir siapa saya yang sebenarnya..hoho


Soalan yang kat bawah tu dah pernah jawab dulu..

~Selesai~



6)Tag dari Nasrul

10 perkara tentang orang yang tagged saya:

1. Peminat no 1 Dato' CT

2.Adik saya tapi kami sebaya...hehe
3.Seorang yang sangat passionate dengan debat..

4.Suka berfikir secara kompleks..hehe
5. Ayah dia jurulatih bola sepak
6. Pernah sekolah agama
7.Suka gaduh dengan Hamka..haha
8.Juara PNC 2009
9. Masuk Debat Integriti tahun ni..(saya x dapat..hoho)
10. Seorang ahli kelab DEMI (dah kering idea..hehe)

10 perkara tentang diri saya

1.Nak masuk tahun akhir dah sem depan
2.Sedang ber'latihan industri' di Institut Perikanan Malaysia, Chendering.
3.Saya sangat pemalu..huhu
4. Saya tak ada lesen kereta dan tak tahu bila nak ambik.
5. Bercita-cita nak buat yang terbaik dalam arena debat.
6. Saya dah tahu jahit tudung sendiri..haha
7. Adik-beradik semua XX
8. Suka kasut dan beg..sape2 nak bagi tu boleh la..
9. Jarang marah..hoho
10. Oh ye..td punch card dah merah..lambat 1 minit..haha..kedai tadi tu la lambat sangat..

~Selesai~

7) Tag dari Emelia,cerimanis yang manis...kawan dari dulu2 lagi ni..geng drakula..hehe..kn jawab tag emy ni..hehe..senang je pun..nak tengok gambor desktop..ni la gambornya...



Hoho..Sekian Terima kasih

Monday, May 11, 2009

Latihan Industri Siri 1

Assalamualaikum semua..dah bercuti ke??..kepada adik-adik dan kakak-kakak DEMi ku sayang yang masih di bumi UMT tu, sabar ye…nanti balik jugak kampong..hehe..gelak keji.. seperti telah dimaklumkan, bermula 4hb yang lalu, saya sudah memulakan Li..hoho.. sedikit cerita untuk dikongsi bersama..hoho..

  • ·Salah tempat waktu lapor diri..hoho..malu2..
  • Sangat la bosan LI ni..tiap-tiap hari punch kad, pastu melangut, tidur, tengok movie then punch kad balik..hoho..

  • Kalau tgk dari luar tmpat ni agak creepy la..suram je…tak larat nak balik lambat2..seram..haha..tempat ni dah lama sebenarnya.

  • Mohon asrama tapi tak dapat..hoho..asrama dia ada aircond..astro siap..tapi diberikan kuarters..satu rumah untuk duduk 2 org…tapi bila masuk rumah tu..tak jadi..haha…bersepah yang amat seminggu pun belum tentu siap kemas..tapi lengkap la rumah tu..ada dapur, mesin basuh, iron dan semuanya lah..

  • Atas jasa baik jiran, kami diajak masuk rumah mereka..bilik kecil pun tak apa..janji tak kotor..hoho..

  • Hari ketiga nak masuk asrama, dah bawak barang siap-siap..tiba-tiba on the way nak balik rumah tu, masa lalu padang adalah makhluk 5 beranak ni..hoho..besar tu..terus tak jadi duduk asrama..

  • Keputusannya, duduk rumah sepanjang LI..kakak pun dipanggil pulang dengan segeranya untuk menjadi driver aku..haha..

  • Antara aktiviti yang dah dijalankan adalah melawat ke bengkel pemprosesan dan makmal mikrobiologi dan membuat indeks kesegaran ikan.


Itu je kot minggu pertama LI ni..hari ni hari Isnin…pejabat kosong..ramai staff sambung cuti..tinggal la aku kebosanan lagi..hoho..tengok drama Jepun pun dah habis satu siri. Jumpa lagi dalam episode dua..nak kemas-kemas barang..nak nak balik kerja dah…yess….

P/S: minggu lepas dapat sepupu baru..yeyy..Izzah n aidil dapat adik baru..tak ada nama lagi..Any suggestion??hhehe..

Salam Dari Dalam Latihan,

~Cik Jijah~

Wednesday, May 6, 2009

20??

Hoho..tiba akhirnya angka ini.....

Monday, May 4, 2009

Latihan Industri...

Assalamualaikum semua.....sukacita dan dukacitanya, cik jijah akan memulakan latihan industri di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Chendering bermula hari ini hingga 28 Jun 2009..hoho..saja je nak inform korang semua..supaya tak rindu..hahaha...tengah nervous ni sebenarnya..hoho..jumpa lagi bila ada masa..FYI, hujung minggu boleh balik..haha..macam kat asrama masa sekolah dulu... Jumpa lagi..

Salam Latihan Industri,

~Cik Jijah~

Wednesday, April 29, 2009

Kek Puding Karamel...

Assalamualaikum semua..ni la rupa bentuk kek puding karamel yg buat petang semalam..hoho..sedap kek ni...korg kena try buat tau..tak sesukar kelihatan..bubbye...



Tuesday, April 28, 2009

Selamat Bercuti....

Assalamualaikum semua...haha..entri seterusnya selepas menyepi..hoho..kekoknya lama tak menulis..nak bagitau cuti semester dah mula...best2...setelah penat final exam hari tu..7 paper tu ambil sem ni..bagai nak gila nak habiskan tujuh2 paper tu. Akhirnya Alhamdulillah..habis jugak..hoho..tapi cuti sem kali ni tak boleh nak enjoy-enjoy sangat..hoho..dek kerana Latihan Industri sedang menunggu..InsyaAllah saya akan menghabiskan masa 2 bulan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Chendering..dekat je tapi tak ada transport, kena la duduk asrama jugak..hoho..tulah, sape suruh tak nak ambik lesen..huhu..Sepanjang tiga hari ni kat rumah..macam-macam dah masak...lepas gian lama tak masak..hehe..malam tu jugak buat 'cream puff' tau. tak pernah buat lagi sebelum ni..saje nak cuba..nasib baik jadi...ni la cream puff yg comel lagi kiut miut tu..hehe..tQ untuk resipi dari Myresipi..senang kan zaman sekarang ni..

Kastard yang nak isi dalam cream puffPercubaan pertama...hohoho...

Lepas ni nak jawab tag-tag tertunggak...hehe..nantikan entri tag berganda..haha..Ok lah..nak gi tengok kek kat dapur..hoho..esok upload kat sini..kalau jadi la..haha...bubbye...

Tuesday, April 7, 2009

InsyaAllah..

Assalamualaikum....setelah sekian lama membiarkan blog ini berada di tangga tercorot di blog list semua orang..hehe...update sangat ringkas kali ini...

InsyaAllah blog ini akan dikemaskini selepas final berakhir..itupun kalau sempat....Sebab saya akan menjalani Latihan Industri cuti ni di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Chendering..hoho....banayak benda nak cerita..tp nanti-nanti lah..tunggu kesempatan ada..huhu..

Ok, Jumpa lagi..Assalamualaikum...Good Luck Final...Study-study jugak, ibadat kita kena sama-sama jaga...All the best....

Thursday, March 5, 2009

Lamanya..................

Assalamualaikum semua....

Lamanya tidak menjenguk blog...
Lamanya tidak meng'update'
Lamanya tidak berehat...
Lamanya tidak belajar macam orang lain....
Lamanya tidak balik rumah....
Lamanya.................

huhu...banyak benda yang nak cerita..tp belum sempat..debat piala naib canselor, field trip ke negeri sembilan dan shah alam..tag2 yg menunggu...nntikan entri berganda...haha..bila ada waktu lapang la....

p/s: Al-Fatihah untuk datuk saya yang kembali ke rahmatullah pagi sabtu minggu lepas..

Tuesday, February 17, 2009

Al-Fatihah..

Al-Fatihah buat anak sepupu saya, Aqilah
yang telah kembali ke rahmatullah
pada 17 Februari 2009 kira-kira jam 10.45 pagi tadi..
Moga beliau tenang di sana..
Doakan pemergiannyanya dicucuri rahmat Allah S.W.T..
mari kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat anak kecil ini...

Monday, February 16, 2009

Selamat Hari Lahir....

Assalamualaikum semua..singgah sekejap di blog...hari ni 16 Februari 2009 sebenarnya hari lahir kakak saya yang ke 3...So, Happy birthday to you (nyanyi sama2 ye..hehe)..walaupun tak tau beliau baca ke tak blog ni..hehe..Ni la kakak saya..mati la kalau dia tau saya letak gambar ni..haha..tapi gambar ni pun curi dari frenster alang..haha..so, alang yang salah..hihi...namanya Wan Fadhilah...tahun ni umur dah 22 tahun...hehe..makin tua dah..Moga panjang umur n murah rezeki..All the best in everything you do..pergi jalan2 tu jangan lupa beli hadiah untuk aku..hehe..

Juga tidak lupa buat clasmateku, Norlistari...Happy birthday...jangan nakal-nakal..umur dah tua..hehe..Listari yang baju kuning tu...yg kanan tu Ustazah ..hehe..


Ok, sebenarnya banyak perkara dah berlaku tapi belum sempat nak berkongsi..Birthday party DEMI, bengkel PNC...InsyaAllah bila kelapangan akan saya usahakan...

Oh ye, hujung minggu ni akan berlangsung debat PNC UMT..Doakan segalanya berjalan lancar dan buat team Hevotech..jom kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan piala tersebut...hehe..

Ok..nak tido dah..esok ada lab pukul 8 pagi..malam pulak ada test...wish me luck..jumpa lagi..

P/s: berita gembira yang ditunggu telah diterima..hehe..

Salam 2.30 pagi,
~Jijah~

Monday, February 9, 2009

Gerai DEMI


Assalamualaikum semua...lama tidak mengemaskini blog..huhu...sibuk yang teramat sangat minggu lepas..hingga segalanya terabai..huhu...minggu ni pulak kurang sikit sibuk tapi test dah beratur dah tunggu giliran masing-masing..huhu..satu dah lepas semalam..tinggal lagi tiga..nanti nak run PNC dan bengkel lagi..huhu..sibuk-sibuk..nasib baik debat integriti ditangguhkan..tapi sedih jugak sebab tak dapat nak join...kena pergi latihan industri..huhu..tak dapat la kita nak buat acara masak kek ye Junny..hehe..

Ok, cerita tentang gerai DEMI...sepanjang minggu lepas kelab Demi telah menyertai gerai jualan sempena minggu JKPP..pertama kali kelab ini mencuba nasib dalam bidang jualan ni..hehe...baru tau, penat gile tau berniaga ni..macamana la mak cik2, pak cik2 tauke restoren yang tiap2 hari bukak kedai..huhu...banyak la jugak kitorang berniaga hari tu..makanan harian yang paling hot mestilah scallop ayam dan wedges...yang makanan harian pun semua disapu bersih..roti jala, murtabak meggi, popia dan juga sup kentang saya yang vogue..haha..terharu bila mendapat permintaan yang tinggi..hehe..sampaikan kedai dah tutup pun ada lagi yang datang tanyakan sup kentang..hehe..riak kejap...haha..bukan riak, berkongsi kegembiraan..hehe..nak tunjuk gambar pun tak sempat nak ambik..cuma ada gambar sekeping dua.. boleh la merasai suasana gerai..

Itu la sebahagian gambar untuk menggambarkan situasi gerai. meriah..hehe..terima kasih buat semua yang memberi kerjasama. Oh ye, hari tu janji dengan cik wani mahu upload resepi sup kentang..nanti ye dik..nak gi lab dulu..hehe..ok..jumpa lagi lain kali..Assalamualaikum.

p/s: nak pergi lab ikan ni..nak gi main2 dengan ikan lak...haha..

Salam Ceria
~Jijah~

Friday, January 30, 2009

Tolong...

Assalamualaikum semua..just nak bagitau YM saya buat hal...tolong Add saya kembali....ni email saya jijah5295@yahoo.com.....Add ye....tQ....

P/s: Sakit Hati.........

Wednesday, January 28, 2009

Penghujung cuti dan kek lagi.. :)

Assalamualaikum semua..apa khabar..dah puas bercuti??hehe..kalau dah bosan tu, balik je la kampus tercinta...haha..kata-kata ini sebenarnya bukan ditujukan untuk orang lain sangat tapi untuk diri sendiri..hehe..tapi kepulangan ke kampus petang ni bukan la sebab bosan..tapi dek kerana assignment yang berlambak-lambak menunggu untuk disiapkan..huhu..terpaksa korbankan cuti..

Semalam cuba buat Oreo Cheesecake...Alhamdulillah, berjaya disiapkan tanpa ada adegan-adegan yang tak diigini..so, ini la rupanya..rupa tak cantik...ala, homemade kan..tak sama dengan kat kedai..haha..tapi sayangnya kali ni kek keras sikit..huhu..terlebih tepung kot..sepatutnya kena kurangkan sikit tepung sebab nak masukkan oreo..huhu..takpelah..belajar dari kesilapan..resipi on the spot katakan..haha..ni la gambar kek semalam..


hehe..tak cantik pun kek tu...haha..janji puas hati, makan pun kenyang..hehe..Ok, nak g kemas barang ni, nak balik hostel dah kejap lagi..huhu..jumpa lagi semua kalau berkesempatan lagi mengupdate blog ni..huhu...jumpa lagi..


Istimewa untuk Khaira, ni resipi oreo cheesecake ni..harap dapat cuba buat..

Bahan-bahan:-
250 gm cream cheese
1 biji telur
1/2 tin susu pekat
1 cmt tepung gandum
biskut oreo (hancurkan sikit) agak-agak la jumlah dia

untuk base dia,
mentega (cairkan)
biskut Marie hancur

Method,
1) sediakan base campurkan biskut marie dan marjerin..tekankan pada loyang yg dah dialas marjerin..ketepikan..letak dalam peti ais
2) pukul cream cheese smpai kembang, masukkan telur, masukkan susu pekat, tepung n oreo..pukul rata bahan2 ni..
3) tuang atas loyang tadi..
4)bakar double boiler dalam oven pada suhu 180 drjah..masa dlm 30 minit gitu rasanya..tgk la kek tu..jangan bakar lama sangat..nanti kek pecah...
5) siap..

*kadang2 klu nmpak da masak tu ok la walaupun nmpk lembik sikit..tunggu kek betul2 sejuk baru keluarkan..sejukkan dalam peti ais sblum mkn lagi sedap....


Salam Sayang
~Jijah~

Sunday, January 25, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Assalamualaikum semua...selamat bercuti untuk yang sedang bercuti..untuk yang tak bercuti atau tak dapat balik kampung, sabar la ye..huhu..cuti kali ni memang banyak kerja-kerja tertunggak yang perlu diselesaikan..tapi hingga ke hari ini pun belum memulakan apa-apa tugasan..khabarnya James dah siap banyak kerja..huhu..tak aci..

kali ni sekadar nak berkongsi hobi sepanjang 2,3 hari cuti ni..hehe...suka sangat tengok-tengok resipi kat internet ni..hehe..macam lepas gian dah lama tak masak kat asrama..hehe..So, hasilnya semalam aku dah buat 2 jenis desert..hehe..yang gambar kat bawah ni puding coklat..memang rasa mcm coklat betul just lembut macam puding..tapi tak tahan manis sangat..next time buat kena kurangkan manis dia sikit..huhu..dah la pakai mould ikan..berebut masing-masing nak kat bahagian perut ikan yang besar tu..haha..puding ni sangat simple and senang..sape-sape yang nak cuba boleh la..


keduanya cuba buat aiskrim coklat (coklat lagi..hehe)..macam aiskrim nestle kat kedai tu..tapi tak ada gambar la..ok la..boleh la makan..puas hati la jugak dengan aiskrim ni..hehe..nyum2...aiskrim buatan sendiri memang puas hati makan..hehe..ambik la, letak gambar hiasan je aiskrim coklat ni..Assume je la yang saya buat pun macam ni..hehe..
p/s: Gud Luck buat saudara Amirudin yang akan berkhutbah..doakan beliau berjaya..

Salam 1001 coklat,
~Jijah~