BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 23, 2009

Piala Naib Canselor UMT

Assalamualaikum semua..selamat bercuti..yeyy..akhirnya mid sem telah tiba...walaupun kerja bertimbun-timbun, tapi at least boleh la berehat sikit dari bebanan kelas yang sangat padat sem ini..huhu..nasib baik la 5 lab seperti yang diberitahu sebelum ini, bukan la betul-betul lab..means, ada satu je lab yang memang every week nak kena submit lab report..nasib baik...kebelakangan ni memang stress sangat-sangat..tak tau kenapa..agaknya disebabkan dereten tugas yang menanti untuk disiapkan..mana nak letak lab report, tutorial, test lagi dan disedapkan lagi dengan segala laporan untuk kelab tercinta di samping kerja-kerja penyelenggaraan fail yang belum disiapkan..(huhu, dapat lagi kerja yang tak suka 2..tp itu kan Amanah..ttp kena jalankan dengan sebaiknya..)..



Ok, berbalik kepada tajuk entri kali ini....ok semua warga UMT, Debat Piala Naib Canselor akan kembali lagi untuk edisi tahun ini..semua peserta diharap bersiap-sedia untuk bertarung dalam pertandingan kali ini..Sedikit format akan diubah bagi sem ini, so, semua memang berpeluang dalam pertandingan ini.Setiap course mesti meghantar at least satu team bg setiap kategori. Jadi, boleh la mula bentuk team dan practise...semoga berjaya semua...

lebih maklumat tentang PNC, kunjungilah laman web Demi ini...
http://demi-umt.blogspot.com/2009/01/debat-piala-naib-canselor-umt-2009.html

Sebagaimana Entech, kelab kami iaitu HEVOTECH juga telah menyediakan senarai cadangan pendebat untuk PNC ini..tapi sekadar cadangan, mungkin ada perubahan lagi..hehe..saja je nak expose..nak tiru Ali XY..hehe..jgn marah ye ali..

Kategori Bahasa Melayu:
  • James Jam Jolly
  • Nor Syaziela binti Mohd Najid
  • Wan Mahfuzah binti Wan Ibrahim
  • kosong lagi..cepat siapa-siapa yang berminat pls inform saya atau james.. :)
Kategori Bahasa Inggeris
  • Mohd Aizat bin Hawari
  • Faridah binti Marinchil
  • Syazwan Bin Azizi
  • tak pasti lagi...
Itu sahaja untuk kali ini...Selamat Tahun Baru Cina buat yang menyambutnya,,jumpa lagi dalam entri akan datang...

p/s: dapat berita baik semalam..tak payah pergi kem..hehe...

Salam Cuti-cuti
~Jijah~

Saturday, January 17, 2009

Tag from Insan Kerdil


1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnye (anda di-tag).

4. Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnye dan menyatakan nama mereka di blog anda.

5. Jangan lupe melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah ditag.

______________________________________________________

Hoho..lagi sekali aku ditagged..kali ini oleh Insan Kerdil buat kali keduanya..hehe..tag ni kadang2 mmbantu jugak time idea kering nak post kat blog ni..hehe..Ok Cik Nuar saya dah jawab tag kali ini..gambar telah di'alter ' oleh kerana tidak berapa sesuai di blog ini..hehe..

10 hobi atau fakta pasal aku :-

  1. Belajar paling jauh kat Matrik Pahang je.
  2. hanya memulakan karier dalam dunia debat di UMT..
  3. Bercita-cita nak bukak kafe..hehe..sbb suka makan..haha..
  4. Mula bergelar Blogger pada tarikh 13 Mei 2008...(sempena peristiwa 13 Mei tu..hehe)
  5. Bakal Grad pada usia 21 tahun..InsyaAllah...muda kan..haha..jgn jeles..
  6. Seorang yang pendiam dan pemalu sebenarnya..kuhik2..
  7. Sangat gila main game tp skrg kurang sikit sebab mouse sy rosak..susah nk main..huhu
  8. Pernah Fail Math waktu matrik..haha...memang tak serasi dengan math..
  9. Fakta yg pernah diberitahu, Bilik asrama lagi tinggi drpd pokok kelapa. Blok x de lift. So, sama la macam panjat pokok kelapa hari2..huhu
  10. fakta terakhir, penat gile fikir nak completekan tag ni..huhu...

Selesai juga akhirnya...nampak mudah, tp nak pikir tu sikit punya susah..huhu..tp tak pe..yg penting dah siap...Ok, mangsa-mangsa yang bakal menjawab tag aku ni..sila ambil gambar kt atas atau kalau nk yang ori boleh tuntut di blog insan kerdil.

  1. Cik Wani
  2. Junny UTP
  3. Suria UMP
  4. Nasrul Hadi
  5. Helmy (update2..)

Selamat menjawab..terutama HELMY...tak larat tengok sawang kat blog awak tu..haha..bubbye..Assalamualaikum...

Friday, January 16, 2009

Marble Cheesecake....

Assalamualaikum semua...apa khabar??sihat hendaknya..jangan jiwa kacau macam saya semalam sudah..hehe..Alhamdulillah..kejap je jiwa kacau semalam..hari ni dah ok..maklum la, berada di rumah memang perkara yang menyenangkan..sebenarnya tidak banyak yang hendak dikongsi, cuma mahu berkongsi kegembiraan..hehe..hari ini dengan semangat waja, wira dan segala, akhirnya saya berjaya membuat kek yang telah lama saya idam-idamkan untuk mempunyai kepakaran membuatnya..sekurang-kurangnya tidak la selalu sangat duit dihulur buat 'cik resipi rahsia'..hehe..sekadar belanja 'pak cik Mydin' untuk dapatkan bahan-bahannya..hehe..rupa-rupanya, tak la sesukar mana untuk membuat kek ini tapi belanja bahannya tinggi sikit la..(huhu..duit JPA tak masuk-masuk lagi..tak dapat la buat banyak2...hehe)..So, dengan rasminya hari ini 16 Januari 2009, aku berjaya membuat MARBLE CHEESECAKE walaupun rupanya tak secantik kek 'cik resipi rahsia' tapi boleh la makan..hehe..setelah sejam aku di laman sesawang bagi mencari resipi yang sesuai..hehe..nnti gambar-gambar bakal diuploadkan..kalau kek tu tak habis lagi la esok..hehe...






Ok, itu saja..ni letak gambar hiasan dulu..buat penyedap entri ni..hehe..bubbye..

Salam Marble Cheesecake,
~Jijah~

Emosi tak Stabil......

Benci
Sedih
Sakit hati
Tak faham
Kepala pusing
ape-ape je la...

Thursday, January 15, 2009

Assalamualaikum semua..tak ada apa pun dalam entri kali ni..cuma nak bagitau, saya balik rumah minggu ni walaupun minggu depan balik lagi..hehe..tadi menerawang kat laman sesawang ni, terjumpa la sesuatu ni...yang pasal maksud di sebalik nama..haha..benda ni bukan betul pun..saja nak share ngan anda semua..hehe..bacalah...itu saja..bubbye...Salam...

You Are Enchanting and Artful
You are very charming... dangerously so. You have the potential to break a lot of hearts.
You know how what you want, how to get it, and that you will get it.
You have the power to rule the world. Let's hope you're a benevolent dictator!

You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
You are confident, authoritative, and aggressive.
You have the classic "Type A" personality.

You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.
You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.
You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated.
You master any and all skills easily. You don't have to work hard for what you want.
You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way!

You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.
Success comes rather easily for you... especially in business and academia.
Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.

You are loving, compassionate, and ruled by your feelings.
You are able to be a foundation for other people... but you still know how to have fun.
Sometimes your emotions weigh you down, but you generally feel free from them.

You are a very lucky person. Things just always seem to go your way.
And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life.
You're sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.

You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.
You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.
But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's
hard to get you to budge.

p/s: semua benda pun mcm baik-baik je kan..hehe..untuk cik nuar..nnti I jawab tag U...

Salam Balik Kampung
~Jijah~

Thursday, January 8, 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DEMI

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi sesi 2007/2008. Berikut maklumat mengenai mesyuarat kali ini.



MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB DEBAT DAN MAHASISWA INTELEKTUAL (DEMI) KALI KE-5


Tarikh: 8 Januari 2008

Tempat: Medan Syarahan Barat

Masa: 8.45 malam hingga 11.00 malam


Oleh itu, semua ahli kelab DEMI dijemput hadir. Bagi yang berminat, kaunter pendaftaran ahli baru juga akan dibuka.Sila datang beramai-ramai.Bawa kawan-kawan anda sekali untuk menyertai kelab yang paling seronok di UMT ini...

Sekian untuk makluman...

Wednesday, January 7, 2009

Menjengah Seketika....

Assalamualaikum semua....lama tak mengemaskini...sekadar singgah je selalu..biasa la..kehidupan pelajar dah bermula..sem ni agak ketat juga jadual..tapi rasanya Alhamdulillah..rasanya boleh lagi..walaupun sem ni ada 5 lab, hopefully semuanya berjalan dengan lancar..Dah lama sangat-sangat tak update sampai macam dah lupa apa nak tulis..hehe..dah la tak boleh upload gambar, internet slow..huhu..tak menarik la post...takpe la..moga penceritaan sampai..haha..


first, walaupun agak pack tapi suka timetable sem ni...hari khamis tak ada kelas langsung..dengan kata lainnya weekend saya tiga hari..hehe..khamis, jumaat dan Sabtu..boleh la balik rumah..haha..jangan jeles...terima kasih buat Cik Roshita dan Prof Buhri kerana memahami..hehe..

kedua, demam games dan movie sudah berlalu..hehe..dulu waktu minggu pertama dan kedua, 24 jam laptop ni terpasang games..macam-macam games main..Jojo's Fashion Show la, Home Sweet Home la..haha..seronoknya...tapi sekarang dah tak banyak masa..kena uninstall balik la..kesian laptop..hehe..movie pun ape kurangnya...dalam masa seminggu tu boleh habiskan 3 drama korea..dimulakan dengan Love Story in Harvard, Team Medical Dragon (Jepun) dan three dads and a mom...haha..pelbagai genre tu...

ketiga,
Hari keluarga DEMI..sudah ramai adik-adik dan kawan-kawan yang publish pasal ni, tp saya baru nak cerita..haha..aktiviti asal yang dirancang hanyalah makan-makan sekejap je..tiba-tiba berubah jadi family day yang sangat meriah..dari malam kami gadis-gadis bekerja untuk memasak, basuh ayam (ayam kat pasaraya M***N dah nak busuk, patut la dia jual murah...tak baik kan..), huda masak kek dan macam-macam lagi la..pagi tu pulak sampai rombongan cik kiah dari Asrama Tok Jembal..Apalagi, buli mereka..haha..tak la, kami pun gotong-royong masak sama-sama...Lepas sembahyang Jumaat, acara makan pun bermula..banyak makanan..kenyang..haha...dah kenyang pastu mula la malas-malas..haha...So, Puan Rozita pun mencadangkan kami pergi meremis (istilah yang kami cipta untukmencari remis) kat pantai Tok Jembal..haha..walaupun ombak kuat, angin pun kuat..hujan sikit-sikit....dasyat juga la keadaan pantai waktu tu..haha..saja mencari nahas..tapi seronok gila main air petang tu..sampai basah lencun semua orang..haha..mandi air dan pasir...lepas tu semua pun balik berehat..penat tu...time malam yang paling best..budak-budak lelaki yang diketuai oleh Chef Aizat memasak mi yang dinamakan mi ratu..boleh la tahan..sampai habis sos tiram Puan Rozita..haha..kami budak perempuan malam tu mamang dilayan bagai ratu..hehe..pinggan diambil, air dihulur, pinggan dibasuh..over kan..haha..keseluruhannya..memang best sangat-sangat family day kali ni...

keempat,
Hari ini Alhamdulillah, kertas kerja untuk AGM DEMI akhirnya diluluskan..So, buat semua ahli DEMI, sila hadirkan diri di Medan Syarahan Barat ,8.45 Malam, 8 Januari 09....Datang ye semua..

Oklah, rasanya itu sahaja setakat ini..dah dalam lecture hall ni..hehe..ok...jumpa lagi dalam entri akan datang..gambar InsyaAllah akan saya uploadkan...tak seronokkan entri tak ada gambar..huhu...

p/s: doakan saya tak tertido lagi dalam kelas sains perikanan hari ini..hehe

Salam Dari Lecture Hall,
~Jijah~