BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 17, 2009

Minggu-minggu terakhir di IPM

Assalamualaikum semua..hoho..lama sangat tak menulis kat blog ni..sibuk sangat akhir-akhir ni..buat-buat sibuk sebenarnya..hehe...bila dah kerja ni, baru tau betapa penatnya orang pergi kerja..pergi pagi-pagi..balik dah petang..hoho..walaupun tak buat kerja sangat..tapi penat jugak..hoho..hmm..habis minggu ni, tinggal seminggu lagi LI di IPM ni..cepatnya masa..dah hampir 2 bulan..wuhuu...sedih campur gembira..gembira sebab LI dah nak habis..boleh cuti seminggu..haha..sebab dah nak masuk sem baru..tahun akhir..feewit..hahaha...sonok2... yang sedih tu sebab macam dah get along ngan tempat ni..hehe..macam best je kerja kat sini..nak kerja sini la..hehe..sedikit cerita tentang hari-hari terakhir seorang pelatih..hehe..kira hasil daripada IPM la..hehe

Kursus Asas Pemprosesan Ikan...
Kursus ni belaja basic pasal proses ikan..daripada ikan hidup-hidup tu..eh salah..dah mati..tapi yang tak siang lagi la..kitorang kena proses sampai jadi otoshimi dan surimi..lepas tu proses jadi produk..buat nugget, jejari, sosej, keropok dan burger otoshimi...5 hari kursus, memang puas hati..banyak input..boleh cover balik masa lapang yang tak buat kerja..peserta pulak pelbagai background dari seluruh negara..yang bestnya, ada sorg pak cik tu ajak kerja dengan dia bila habis belajar nanti..hoho...dapat elaun plak tu kursus ni..boleh la cover duit minyak..haha..



Kursus Ikan Ternakan..
yang ni kursus 2 hari je..tapi ok la...proses ikan patin, siakap, tilapia..filletkan ikan-ikan tu..pastu buat produk..breaded dan tempura..sedap ikan-ikan ni walaupun tak makan sangat ikan air tawar..tapi macam suka je..haha..bedal je la...mahal tu ikan-ikan tu..

Promosi Ikan Sungai Como..
Haa...ni memori paling best kat IPM...hehe..kami wakil IPM untuk pertandingan masak ikan air tawar..hoho..dah la seumur hidup tak pernah masak ikan patin..hoho..kami pun masak patin with lemon sauce and potato croqquette...hoho..saje try western food...cuba lari dari biase..tak nak klise...hehe..so, kitorg...mmestilah kalah..haha..mana boleh lawan mak cik2 tu semua..dah expert tu..siap dengan hiasan bagai..hoho..kitorg tak prepare pun apa-apa hiasan..haha..nasib baik kat pentas ada bunga..hahaha..gelak keji...lepas tu, things that 'unsangkarable' happen..haha...Chef Ismail yang jadi judge hari tu, masak menu sama dgn menu kami untuk demo masakan..hoho..terkejut gila..patut la dia dtg kat kitorg senyum2 je...mesti dia tak sangka ada jugak orang masak gini..hehe..ni la yang kitorg masak..hiasan mmg out la sbb kitorg salah timing..hehe..yang penting dapat sijil...



Kesimpulan, kami dapt pergi 2 kursus, 1 aktiviti luar..eh tambah lagi satu, ikut rombongan ke majlis kahwin puan norbaya...3 sijil dan dapat makan macam-macam jenis produk ikan..hoho..ok la..smpai sini je..bubbye...jumpa lagi..


p/s: tengah pening kepala buat report..tadi satu file yang dah buat bnyk dah corrupt sbb laptop jam..habis semua...huhu..tabahkan hati..


Salam dari yang melaporkan,

~Cik Jijah~

Friday, May 22, 2009

Kuih-muih

Assalamualaikum semua..entri ringkas kali ni..setakat nak tayang gambar kuih je..haha..
Tiramisu Biskut Marie..baru je siap..tak rasa pun lagi macamana la rasanya...



Ni pulak produk-produk berasaskan ikan yang kami buat masa kursus..nanti saya cerita lagi detail pasal kursus ni..best..hehe



Ni Japanese Soft Cotton Cheesecake....sedap sangat..gebu...



Yang last sekali ni, Puding Karamel yang buat untuk hantaran tunang sepupu..hoho...

Ok, sekian..jumpa lagi...

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Ulangtahun Sayang...



SELAMAT ULANGTAHUN BLOG TERSAYANG

sekejap je masa berlalu..tak sedar dah setahun di arena blogging..hoho..semoga saya terus bersemangat berblogging..hehe..


Oh ye..Alfatihah buat seorang sahabat kita yang telah pergi terlebih dahulu..pelajar tahun 2 Sains Biologi UMT,Nur Diyana Roslan..sama-sama kita doakan beliau tenang di sana..Amin..

Segala Tag..

Seperti yang dijanjikan..saya nak jawab semua tag yang tertunggak..saya jawab semampunya dan tak nak tag orang lain sebab saya jawab tag ni pun dah lambat (betul ke sebab mcm ni...haha)..mana2 yang saya lupa nak jawab tag dia bagitau la ye..tQ..

1) Tag dari Dayang Wani n Fauzi= tQ..sy mmg friendly..haha



Rule:
1. Put this badge in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links.
4. Let them know about this

~Selesai~


2) Tag dari Rezz paparazi



INSTRUCTION
1) Make a lisT of what u want on ur birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
4) Give it to 10 friends of Yours

so, my wish list gonna be...
1. Banglo sebijik
2. Lesen memandu...
3. bila dah ada lesen nak kereta la plak
4. Duit banyak2..haha
5. Kek birthday yang come dan sedap
6. Barang, alat-alat memasak
7. Mixer baru...cepat sikit buat kuih
8. Novel sbb dah lama tak baca novel
9. Earphone untuk laptop..
10.Rehat tanpa dikacau dan dilayan bagaikan puteri secukupnya..haha..permintaan yang diva sangat..

~Selesai~



3) Lagi tag dari Rezz

a) Two names you go by: Jijah, Ujah
b) Two things you are wearing right now: Baju Kurung and Tudung
c) Two things you want very badly at the moment: Tido n balik kerja
d) Two things you did last night just before bed: Surf tenet n basuh baju
e) Two thing you ate today: Tepung Kapur n Nasi Lemak

f) Two people you just spoke with: Mak, Ayah

g) Two things you are doing tomorrow: Pergi kerja n balik kerja
h) Two longest car rides: Dungun to Johor, KT ke Cameron kot..
i) Two favorite beverages: Teh O Peng Limau, Nescaffe
j) Two person who are chose to do this tag: Dg Wani n Nasrul

~Selesai~



4)Tag dari Cikgu Faiezi

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Cik Jijah Bercerita sebab saya suka bercerita..bergossip lagi la..haha

2.Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?!
jijah-umt.blogspot.com...mestilah sebab saya sayang U saya..hidup Universiti Malaysia Terengganu..haha

3. Apakah 'method' dalam penulisan blog anda?
Rasanya tak ada method khusus kot..penulisan bergantung kepada masa free, mood dan gosip yang nak dikongsi..hehe

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tidak..biarpun tak update..tapi bior je la dia kat situ..

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini? selamburb??
Menarik..dia suka menulis dan mengupdate..kalau baca kat blog ni, korang akan rasa kerja cikgu ni best jugak..

6. Senaraikan 5 orang yang akan anda tag:
Tak nak jawab soalan no 6 ni..haha..takpelah tak markah penuh pun..dapat A cukup la..hehe

~Selesai~


5)Tag dari Aizuddin Unitar


List 8 random facts about yourself and tag 8 people:

1 ) saya lahir bulan Mei..baru je lepas..tapi belum terlambat kalau nak bagi hadiah lagi..hehe

2 ) Saya suka masak kuih..suka sangat..tapi kadang-kadang tak ada masa..

3 ) Kat tempat LI ni, saya belajar buat nugget, sosej, burger..nanti boleh la buat lagi..hehe

4 ) Bakal pelajar tahun akhir UMT..haha..ulang lagi fakta ni sebab suka2 nk jadi final year student ni..hehe

5 ) Seorang setiausaha yang tak pandai jadi setiausaha

6 ) Saya dah settlekan bayaran PTPTN..yuhuu..saya BEBAS...

7 ) Suka tengok movie...

8 ) Penat dah fikir..tag ni membuatkan saya berfikir siapa saya yang sebenarnya..hoho


Soalan yang kat bawah tu dah pernah jawab dulu..

~Selesai~



6)Tag dari Nasrul

10 perkara tentang orang yang tagged saya:

1. Peminat no 1 Dato' CT

2.Adik saya tapi kami sebaya...hehe
3.Seorang yang sangat passionate dengan debat..

4.Suka berfikir secara kompleks..hehe
5. Ayah dia jurulatih bola sepak
6. Pernah sekolah agama
7.Suka gaduh dengan Hamka..haha
8.Juara PNC 2009
9. Masuk Debat Integriti tahun ni..(saya x dapat..hoho)
10. Seorang ahli kelab DEMI (dah kering idea..hehe)

10 perkara tentang diri saya

1.Nak masuk tahun akhir dah sem depan
2.Sedang ber'latihan industri' di Institut Perikanan Malaysia, Chendering.
3.Saya sangat pemalu..huhu
4. Saya tak ada lesen kereta dan tak tahu bila nak ambik.
5. Bercita-cita nak buat yang terbaik dalam arena debat.
6. Saya dah tahu jahit tudung sendiri..haha
7. Adik-beradik semua XX
8. Suka kasut dan beg..sape2 nak bagi tu boleh la..
9. Jarang marah..hoho
10. Oh ye..td punch card dah merah..lambat 1 minit..haha..kedai tadi tu la lambat sangat..

~Selesai~

7) Tag dari Emelia,cerimanis yang manis...kawan dari dulu2 lagi ni..geng drakula..hehe..kn jawab tag emy ni..hehe..senang je pun..nak tengok gambor desktop..ni la gambornya...



Hoho..Sekian Terima kasih

Monday, May 11, 2009

Latihan Industri Siri 1

Assalamualaikum semua..dah bercuti ke??..kepada adik-adik dan kakak-kakak DEMi ku sayang yang masih di bumi UMT tu, sabar ye…nanti balik jugak kampong..hehe..gelak keji.. seperti telah dimaklumkan, bermula 4hb yang lalu, saya sudah memulakan Li..hoho.. sedikit cerita untuk dikongsi bersama..hoho..

  • ·Salah tempat waktu lapor diri..hoho..malu2..
  • Sangat la bosan LI ni..tiap-tiap hari punch kad, pastu melangut, tidur, tengok movie then punch kad balik..hoho..

  • Kalau tgk dari luar tmpat ni agak creepy la..suram je…tak larat nak balik lambat2..seram..haha..tempat ni dah lama sebenarnya.

  • Mohon asrama tapi tak dapat..hoho..asrama dia ada aircond..astro siap..tapi diberikan kuarters..satu rumah untuk duduk 2 org…tapi bila masuk rumah tu..tak jadi..haha…bersepah yang amat seminggu pun belum tentu siap kemas..tapi lengkap la rumah tu..ada dapur, mesin basuh, iron dan semuanya lah..

  • Atas jasa baik jiran, kami diajak masuk rumah mereka..bilik kecil pun tak apa..janji tak kotor..hoho..

  • Hari ketiga nak masuk asrama, dah bawak barang siap-siap..tiba-tiba on the way nak balik rumah tu, masa lalu padang adalah makhluk 5 beranak ni..hoho..besar tu..terus tak jadi duduk asrama..

  • Keputusannya, duduk rumah sepanjang LI..kakak pun dipanggil pulang dengan segeranya untuk menjadi driver aku..haha..

  • Antara aktiviti yang dah dijalankan adalah melawat ke bengkel pemprosesan dan makmal mikrobiologi dan membuat indeks kesegaran ikan.


Itu je kot minggu pertama LI ni..hari ni hari Isnin…pejabat kosong..ramai staff sambung cuti..tinggal la aku kebosanan lagi..hoho..tengok drama Jepun pun dah habis satu siri. Jumpa lagi dalam episode dua..nak kemas-kemas barang..nak nak balik kerja dah…yess….

P/S: minggu lepas dapat sepupu baru..yeyy..Izzah n aidil dapat adik baru..tak ada nama lagi..Any suggestion??hhehe..

Salam Dari Dalam Latihan,

~Cik Jijah~

Wednesday, May 6, 2009

20??

Hoho..tiba akhirnya angka ini.....

Monday, May 4, 2009

Latihan Industri...

Assalamualaikum semua.....sukacita dan dukacitanya, cik jijah akan memulakan latihan industri di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Chendering bermula hari ini hingga 28 Jun 2009..hoho..saja je nak inform korang semua..supaya tak rindu..hahaha...tengah nervous ni sebenarnya..hoho..jumpa lagi bila ada masa..FYI, hujung minggu boleh balik..haha..macam kat asrama masa sekolah dulu... Jumpa lagi..

Salam Latihan Industri,

~Cik Jijah~