BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 21, 2008

Piala DYMM Sultan Zainal Abidin Part 2


bersambung ke bahagian 2..

pada hari pertama. Pasukan UMT yang terdiri daripada k.fizah sebagai menteri pertama, Ali sebagai yang kedua, saya selaku yang ketiga sebagaimana biasa dan Shahrul berperanan sebagai yang keempat. terima kasih yang tak terhingga buat Shahrul yang menjadi fakta kes bergerak team UMT. Pusingan 1 menyaksikan UMT bertemu UiTM Jengka. Pusingan 2 UMT bertemu UiTM Dungun 4, pusingan 3 UMT bertemu UMP 2, pusingan 4 UMT lawan UiTM Dungun 2 dan pusingan 5, UMT bertemu IPSM. Di akhir pusingan awal menyaksikan UMT berada di tangga ke 4 setelah jatuh dari tangga teratas setelah ditumpaskan oleh IPSM dengan margin yang cukup besar. Rasanya perlawanan ini sahaja saya agak kurang berpuas hati dengan keputusan hakim. Bukan tidak boleh terima kekalahan namun rasanya kekalahan ini terlalu besar sedangkan IPSM tak pernah menjawab tuntutan konsep gagasan kerajaan. Malah contoh yang diberikan juga lari dari konsep kerajaan dan saya kira gagal untuk meragukan kes. Namun mungkin kerana pembawaan mereka yang cukup meyakinkan, mampu mempengaruhi hakim hingga memberi keputusan hakim 3-0 dan margin 4. Namun tak mengapa, mungkin sudah rezeki mereka dan tahniah untuk IPSM.

Seterusnya, Alhamdulilah..kami berjaya meneruskan ke peringkat suku akhir dan bertemu dengan pasukan 'adik-beradik' iaitu UDM. Kali ni kami pembangkang. Sebagai pembangkang, kami mungkin telah cuba untuk melawan kes, namun mungkin di atas faktor kekurangan fakta yang menyokong hujah, kami akhirnya tewas pada UDM yang berjaya melangkah ke pentas akhir. Kekalahan ini cukup memberi impak padaku hingga tanpa segan silu, airmataku gugur. Walaupun di tempat awam, air mata yang cukup payah untuk mengalir selama ini ibarat hujan bawaan taufan Nargis. Hari ini baru saya faham betapa peritnya kekalahan di peringkat suku berbanding tak masuk suku pun. Apapun, tahniah UDM. Doakan saya tak putus asa lepas ni.

Sedikit komen untuk tuan rumah. Saya rasa pengurusan masa bermasalah sikit. bukan apa, tidak hanya sekali kami ternanti-nanti di Dewan Kuliah Bakawali tu. Mungkin boleh perbaiki lagi. Yang lain semua OK. Usul? itulah keunikan PIDSZA.

Untuk pertandingan akhir, saya rasa saya lebih berpihak kepada pembangkang kerana beberapa sebab dan atas beberapa sebab setelah diteliti semula juga menjadi faktor kemenangan kerajaan. Ini adalah pendapat peribadi saya, seorang yang sangat baru dalam arena ini. Pertamanya, konsep kerajaan tidak berapa jelas dan sedikit tidak adil. Kerajaan seolah-olah membincangkan 'kontrak sosial: yang sudah itu sudahlah'. saya kira itu sedikit tidak adil kerana, perlembagaan merupakan asas kepada segalanya yang mana di akhir mana-mana cerita, kita tetap akan tunduk pada perlembagaan. Keduanya, kerajaan perlu perincikan kayu ukur perdebatan 'yang sudah itu sudah'. Apa yang sudah?. Jika hendak bercerita tentang pertikaian mereka perlu bezakan sama ada selepas kontrak sosial di meterai, tidak ada pertikaian lagi tentang ketuanan melayu atau wujud pertikaian, tapi berjaya diselesaikan. Akibat daripada masalah kedua ini, kerajaan dan pembangkang membawa kes yang seakan sama hingga mengelirukan sidang dewan. Pembangkang pula. Kredit untuk saudara Ahmad atas pembukaan kes yang sangat cantik namun gagal untuk diteruskan dengan baik oleh pembangkang kedua dan ketiga. Saya kira Ahmad telah membuka segala lompong kerajaan namun tak digunakan dengan baik. Lagi satu, kesilapan yang tak sepatutnya adalah, tidak ada satu premis yang seragam dan digunakan oleh ketiga-tiga orang pendebat yang akan menunjukkan kolarasi di dalam pasukan tersebut.

Apapun, pertandingan telah berakhir. Tahniah buat yang menang dan buat yang tak berjaya seperti saya sendiri, cuba lagi di tahun hadapan. Tahniah untuk pasukan UMP selaku johan kategori Bahasa Inggeris, UiTM Machang selaku johan kategori Bahasa Melayu, Saudara Ahmad sebagai pendebat terbaik perlawanan akhir dan juga Saudara Adam dari UMP selaku pendebat terbaik pusingan awal. Jumpa lagi PIDSZA tahun hadapan...

0 Cerita baru: