JANGAN BERSEDIH DUHAI HATI…
Kadang-kadang dalam menyusuri kehidupan kita hari ini, halangan sering melanda. Namun sejauh mana cara kita mendepaninya ??. Kadang-kadang, bukan semua yang kita hajati mampu kita kecapi, apakah kita akan selalu mampu untuk reda??. Kadang-kadang, apa yang tidak pernah kita jangkakan datang kepada kita. Namun sahabat, sekali kita jatuh, terduduk, waima tertiarap sekalipun jangan selamanya disitu, jangan terus lumpuh. Bangkit kembali, redhakan hatimu dengan Qada’ dan Qadar aturan Ilahi kerana itu jua yang terbaik buat dirimu. Andai tidak mampu bangkit sendiri, tidak mengapa, ingatlah ALLAH itu sentiasa ada buatmu. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang. Andai hati terasa pedih apabila kehilangan sesuatu, sejukkan hatimu dengan Zikrullah. Alirkan air matamu, kamu tidak akan pernah menjadi insan yang lemah sekalipun mengalirkan air mata atas rasa pedih itu. Sesungguhnya sahabat, dalam kehidupan dunia ini, jangan sentiasa kita letakkan rasa terikat dan sentiasa memiliki, kelak jiwamu akan merana apabila ia menghilang atau tidak menjadi milikmu lantaran sukarnya hati untuk redha dengan takdirNya itu. Ingatlah bahawa tiada yang kekal di bumi ini.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."
(al-Hadiid: 22-23)
Sekian lama blog ini terbiar apabila semester baru bermula. Namun InsyaAllah akan saya usahakan untuk terus meng’hidup’kan blog ini. Hmm, post kali ini mungkin sedikit berbeza daripada biasa. Lebih sejuk daripada biasa. Mungkin kerana hati yang sedikit galau dan kacau kebelakangan ini. J. Sepertimana yang telah disebut di atas, jangan hati kita ini sentiasa kita rasa terikat atau terlalu memiliki. Rasionalnya mudah, bila hati sudah rasa terikat, susahlah untuk kita terima andai kata ia memang bukan untuk kita walau rukun iman yang terakhir menuntut kita untuk beriman pada Qada’ dan QadarNya. Percayalah, walaupun kadang-kadang tu, kita tak nampak hikmah di sebalik setiap kejadian, suatu hari nanti apabila kita berfikir, bertafakur mengenangi takdir yang telah ditetapkan oleh Allah, pasti kita akan mengucapkan Alhamdulillah,Segala puji buat Allah. Setiap kejadian itu pasti ada Hikmahnya walau bukan hari ini, esok ataupun lusa, ia tetap akan menjelma..
Akhir kata buat sahabat, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu hari ini kerana pasti Allah telah mengaturkan apa yang terbaik buatmu. InsyaAllah..wassalam..
P/S: Good Luck buat team UMT ke Debat Alam Sekitar…Gambatte…wish you all the best K.Erny, K.Intan, Ali and James.
0 Cerita baru:
Post a Comment