BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 24, 2008

Percutian di penghujung cuti..

Assalamualaikum semua..lama tak menjenguk blog tersayang...agak malas mahu turun ke kafe baru untuk mendapatkan perkhidmatan wireless...hehe..selesa sangat di bilik yang tinggi (lebih tinggi dari pokok kelapa..haha)...ok lah, sekarang semester baru dah pun bermula..tapi sebelum mula sem ni, saya sempat pergi bercuti kat cameron highland..hehe..kira macam percutian keluarga la..hehe..seronok pergi sana sebab pergi ramai-ramai..dengan nenek sekali bawak tau..padahal saya baru lagi datang sini..hehe..tapi, saya memang suka tempat ni..sejuk, tenang je..sampai adik saya boleh pergi tanya ayah saya kat sini ada tak orang tak stabil (ayat lembut bak kata dr.sabri..hehe)...ambil banyak gambar..tapi nanti la upload kan..sebab ni guna laptop orang..tak de la gambar tu..hehe..tunggu saya upload ye...


Ok, berbalik pada semester baru di bumi UMT..hehe..permulaan sem ni, kami mendapat berita mengejutkan..result salah...masalah waktu key in...huhu..yes..naik satu gred..hehe. .Alhamdulillah.. rezeki..Oh ye..tahniah buat semua yang berjaya dengan cemerlang terutama shahrul yg 3.95..hehe..James jugak..buat yang lain, tak mengapa, masih ada masa..asalkan kalian tidak mudah putus asa..tingkatkan lagi usaha anda..mari kita berusaha bersama-sama..semester ni InsyaAllah, saya akan ambil 22 jam kredit..padat jadual..tapi takpe la..bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..ada 5 makmal sem ni..maknakatanya, tiap-tiap minggu ada 5 lab report..doakan mudah-mudahan berjalan lancar semuanya..pagi tadi, kuliah pertama subjek BBM 3202, Bahasa, budaya dan masyarakat..Excited nak masuk kelas ni sebab ramai family DEMI yang saya sayangi join kelas ni...Alhamdulillah, jadual pun serasi..tp malangnya, kami semua terpisah sama sekali..huhu..saya dan james di kumpulan 1, dj dan faz kumpulan 2 dan helmy, rezz serta Fauzi kumpulan 3..huhu..takpelah, at least, nanti final kita belajar sama-sama ye..

Hari ni kami keluar, saya, james, Dj dan Huda..Jalan-jalan di Mydin Mall dan Giant..bukan nak beli apa pun, saya dan DJ cuma nak cari kasut untuk makmal je..lagipun duit tak masuk lagi..hehe..cuci mata je la..lepas tu, saya balik rumah..hehe..sebab tu saya rajin nak update malam ni..hehe..untuk temankan adik-beradik kat rumah memandangkan ayah dan Mak pergi kenduri kahwin ..

Hmm..apa lagi ye..Oh ye, hari ni James Jam Jolly menyambut Krismas..kesian dia sambut sorang2...manaa-mana yang rajin tu, pergi la jenguk dia kat rumah dia..nanti nak pindah msuk asrama dah..duduk depan bilik Rezz lagi..hehe..

Ok lah, dah lewat..masanya untuk tidur..hehe...Assalamualaikum....

P/s: balik rumah sekejap je..esok balik kampus semula..huhu...

Salam Semester Baru
~Jijah~

Tuesday, December 16, 2008

Demam dan Result..

Assalamualaikum semua...sekadar satu entri ringkas memandangkan kondisi diri yang kurang stabil..huhu..beberapa hari lagi akan memulakan semester baru yang diharapkan mampu membawa sinar baharu..huhu..sepanjang hari ini, ini yg berlaku..

Panas
Selesema
Demam
Pening Kepala sampai tak boleh nak bangun

Takpe lah, ujian dari Allah S.W.T..moga dengan sedikit kesakitan, mampu membawa diri ini lebih dekat dengan Penciptanya yakni Allah S.W.T...Walaubagaimanapun, di sebalik sedikit gangguan kesihatan ini, terselit sedikit sinar..Result peperiksaan akhir akhirnya keluar setelah sekian lama menunngu..Sudah la mula-mula melihat result, tanpa cermin mata..hehe..Syukur sangat-sangat..tak sangka jugak result kali ni sebab ada beberapa paper yang macam tak kuasai sangat...namun dengan kuasa Ilahi..Alhamdulillah..tersenarai lagi sekali dalam senarai dekan walaupun result sekadar di pinggang dekan..haha..memang beberapa paper memberi result yang cukup mengejutkan..yang dirasa boleh, jadi tak boleh..yang rasa Out jd In pulak..tapi tak kisahlah..yang penting, sem depan kena buat yang lagi baek dengan usaha yang lebih mantap..Amin..

Ok lah, stakat ni sahaja dulu, nak tidur dah, makan ubat tadi..hehe..bubbye..

P/s: Harap-harap sembuh sebelum hari Khamis, kalau tak, Terlepas Family Vacation kat Cameron Highland..hehe..doakan saya sembuh...

Salam Orang Demam
~Jijah~

Tuesday, December 9, 2008

Tag lagi....

Assalamualaikum..Salam Aidiladha buat semua...hayati la erti pengorbanan di sebalik peristiwa Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S..Jangan tau makan daging je..hehe..ok la, post kali ni hanya untuk menjawab 'tag' dr Siddiq UTP.. Walaupun waktunya dah expire mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan, takpe la, saya nak juga jawab..haha, sebab kering idea untuk post baru..hihi.. Saya jawab ye.....

1.Di manakah jejaka/ wanita idaman anda berada?
Tak tau dah kat mana..dah lost..huhu.
2. Dia tahu atau tidak anda menaruh perasaan terhadapnya?
Ha’ah..mesti la tak tau..haha..
3. Sejak bilakah anda menaruh perasaan tehadap dia?
Sejak tengok dia ke surau sembahyang subuh...hehe..tak tau sebenarnya..
4. Pernahkah anda memberi isyarat kepadanya?
Sepastinya tidak..
5. Kalau ada, apa bentuk isyarat yang anda berikan?
Tak payah jawab..
6. Aspek manakah padanya yang membuatkan anda meminatinya? ( Bentuk Tubuh? Pekertinya? Sikap Caring nya? Rupanya? )
Tak tahulah...pekerti kot...

7. Apakah perasaan anda apabila melihat si dia?
Tak ada Perasaan..

8. Sekiranya aku menjadi si dia, aku akan menerima diriku kerana ……
(abiskan ayat ini dengan jumlah minimun 30 patah perkataan.)

Tak payah jawab kot soalan ni, sebab aku tak nak jadi dia sebab kalu dah jadi dia, cemane aku nak suka dia kan??..hehe...walaupun tak cukup perkataan, aku dah jawab soalan...hihi..



hehe, dah pun selesai, sikit je soalannye..nasib baik..ni pulak, peraturan-peraturan tag kali ni...


Peraturan tagged cukup mudah :
1. Jawab dengan penuh ikhlas dan “berperasaan”.
2. Biar ada hubungkait yang jelas antara soalan dan jawapan.
3. Perlu menjawab tagged aku dalam masa 5 hari.
4. Perlu mentagged orang lain selain SAYA!


OK, selesai tugasan, nak bagitau siapakah insan bertuah yang Mesti jawab tag saya..lebih 5 hari pun takpe..kali ni, saya nak kenalkan adik-adik dan kakak (eh, ada abang sorang..hehe) saya pulak....jalan-jalan la kat blog mereka ni ye..dipersilakan jawab ye adik-beradikku....



Salam Aidiladha,
~Jijah~

Saturday, December 6, 2008

Kembara Debat Diraja 2008

Assalamualaikum semua..akhirnya menjengah blog ni selepas berakhir sudah debat diraja edisi 2008 kali ini..Semua sudah maklum, pertandingan paling berprestij kali ini telah pun selamat dijayakan di UIAM..Tahniah buat tuan rumah..Umum juga sudah mengetahui pemenang edisi kali ini..Tahniah buat UPM dan pemenang-pemenang yang lain..Untuk senarai pemenang, boleh la merujuk kepada blog DEMI UMT atau blog pendebat-pendebat yang lain..hehe..malas nak taip..


Untuk Debat diraja edisi kali ni, UMT telah menghantar 3 pasukan untuk kategori Bahasa Melayu dan 3 pasukan Bahasa Inggeris..Untuk Bahasa Arab, belum ada rezeki, kalau ada yang berminat, jemput-jemput la ke kelab kami ye..

Sedikit sorotan sepanjang 6 pusingan awal untuk team saya iaitu UMT UTAMA A..hehe..pusingan 1 menemukan kami dengan UTeM..Alhamdulillah menang..seterusnya bertemu UM muda..kalah sudah..hehe..perlawan terakhir untuk hari pertama menentang UPM muda..kalah lagi..kuikui..Hari kedua tiba, dengan semangat bercampur baur..haha..menuju ke persidangan..sidang 4, bertemu dengan UM utama..terus kalah..pusingan 5, bertemu Unimap..Alhamdulillah, merasa menang lagi sekali..sidang terakhir, bertemu UTHM muda, kawan Helmy yang jd PM, menang tipis sgt2..kuikui..so, kesimpulannya, kami menang 3 je..haha..malas nak komen pasal konsep dan bawaan dlm setiap usul..takpelah, mana yang baik diambil, yang tak baik, tinggalkan je di situ..



Pusingan suku dan semi, kami jalan-jalan tengok banyak-banyak match and try to learn something. yelah, kata orang, nak belajar, kena tengok dari orang yang hebat..lepas lunch, kami keluar ramai-ramai..destinasi petang tu adalah Berjaya Times Square..Niat di hati nak redakan jiwa kacau tapi akhirnya makin kacau jadinya..haha..nasib baik la akhirnya jadi tak kacau dah..yang paling best, waktu balik malam tu, kitorang dah berpisah kepada 2 kumpulan..1 pergi KLCC, satu lagi stay di Times Square..kitorang balik asing-asing tapi rupanya kitorang ada dalam satu tren yg same..Satu kat hujung sini, satu kat hujung sana..haha..tau-tau waktu dah pun nak sampai terminal putra...

Esoknya, kami keluar lagi..kali ni ke tempat yang lagi best..haha..mesti pasukan lain tak terfikir pun nak datang sini..haha..kami ke ZOO NEGARA...yuhuu..bestnya....tengok binatang..ambil-ambil gambar..memang seronok..dari jam 1 sampai ke jam 5 jalan-jalan kat zoo ni..memang happening walaupun rombongan lain semuanya kanak-kanak riang lagi..haha..


Malam tu, Final kategori utama BM, seronok sangat tengok..InsyaAllah, saya cuba belajar serba sedikit dari match kali ini..keesokan harinya, sebelum pulang, sempat jalan-jalan sekitar UIA..Bas bertolak balik dalam pukul 3..lepas hantar adik-adik yang turun di stesen LRT. tinggal la hanya 12 orang dalam bas besar tu..membazir je..haha..Alhamdulillah, selamat sampai semuanya walaupun pada awalnya, kitorang cuak juagak..takut bas tak dapat datang..maklum la, bumi Terengganu kan dilanda musibah banjir hingga UMT kesayangan pun mendapat tempiasnya..huhu..

Rasanya, itu je kot catatan sebahagian kembara debat kali ini..mata pun dah mengantuk.OK, let's pictures talks more..hehe..kenangan kami untuk debat kali ini..
Salam Cuti Semester
~Jijah~