BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 6, 2008

Kembara Debat Diraja 2008

Assalamualaikum semua..akhirnya menjengah blog ni selepas berakhir sudah debat diraja edisi 2008 kali ini..Semua sudah maklum, pertandingan paling berprestij kali ini telah pun selamat dijayakan di UIAM..Tahniah buat tuan rumah..Umum juga sudah mengetahui pemenang edisi kali ini..Tahniah buat UPM dan pemenang-pemenang yang lain..Untuk senarai pemenang, boleh la merujuk kepada blog DEMI UMT atau blog pendebat-pendebat yang lain..hehe..malas nak taip..


Untuk Debat diraja edisi kali ni, UMT telah menghantar 3 pasukan untuk kategori Bahasa Melayu dan 3 pasukan Bahasa Inggeris..Untuk Bahasa Arab, belum ada rezeki, kalau ada yang berminat, jemput-jemput la ke kelab kami ye..

Sedikit sorotan sepanjang 6 pusingan awal untuk team saya iaitu UMT UTAMA A..hehe..pusingan 1 menemukan kami dengan UTeM..Alhamdulillah menang..seterusnya bertemu UM muda..kalah sudah..hehe..perlawan terakhir untuk hari pertama menentang UPM muda..kalah lagi..kuikui..Hari kedua tiba, dengan semangat bercampur baur..haha..menuju ke persidangan..sidang 4, bertemu dengan UM utama..terus kalah..pusingan 5, bertemu Unimap..Alhamdulillah, merasa menang lagi sekali..sidang terakhir, bertemu UTHM muda, kawan Helmy yang jd PM, menang tipis sgt2..kuikui..so, kesimpulannya, kami menang 3 je..haha..malas nak komen pasal konsep dan bawaan dlm setiap usul..takpelah, mana yang baik diambil, yang tak baik, tinggalkan je di situ..



Pusingan suku dan semi, kami jalan-jalan tengok banyak-banyak match and try to learn something. yelah, kata orang, nak belajar, kena tengok dari orang yang hebat..lepas lunch, kami keluar ramai-ramai..destinasi petang tu adalah Berjaya Times Square..Niat di hati nak redakan jiwa kacau tapi akhirnya makin kacau jadinya..haha..nasib baik la akhirnya jadi tak kacau dah..yang paling best, waktu balik malam tu, kitorang dah berpisah kepada 2 kumpulan..1 pergi KLCC, satu lagi stay di Times Square..kitorang balik asing-asing tapi rupanya kitorang ada dalam satu tren yg same..Satu kat hujung sini, satu kat hujung sana..haha..tau-tau waktu dah pun nak sampai terminal putra...

Esoknya, kami keluar lagi..kali ni ke tempat yang lagi best..haha..mesti pasukan lain tak terfikir pun nak datang sini..haha..kami ke ZOO NEGARA...yuhuu..bestnya....tengok binatang..ambil-ambil gambar..memang seronok..dari jam 1 sampai ke jam 5 jalan-jalan kat zoo ni..memang happening walaupun rombongan lain semuanya kanak-kanak riang lagi..haha..


Malam tu, Final kategori utama BM, seronok sangat tengok..InsyaAllah, saya cuba belajar serba sedikit dari match kali ini..keesokan harinya, sebelum pulang, sempat jalan-jalan sekitar UIA..Bas bertolak balik dalam pukul 3..lepas hantar adik-adik yang turun di stesen LRT. tinggal la hanya 12 orang dalam bas besar tu..membazir je..haha..Alhamdulillah, selamat sampai semuanya walaupun pada awalnya, kitorang cuak juagak..takut bas tak dapat datang..maklum la, bumi Terengganu kan dilanda musibah banjir hingga UMT kesayangan pun mendapat tempiasnya..huhu..

Rasanya, itu je kot catatan sebahagian kembara debat kali ini..mata pun dah mengantuk.OK, let's pictures talks more..hehe..kenangan kami untuk debat kali ini..
Salam Cuti Semester
~Jijah~

4 Cerita baru:

Anonymous said...

comelnya lelaki baju itam tu..

Cik Jijah said...

bj itam yg mn tu ek..
gmbar mn??hihi..

Anonymous said...

Cik Jijah..
Ni g debat ke g melencong ni...
bergambar sakan...
hihihihi...
;p

Cik Jijah said...

dua2 pun boleh cik angah..
smbil menyelam minum air..hehe