BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 28, 2009

Penghujung cuti dan kek lagi.. :)

Assalamualaikum semua..apa khabar..dah puas bercuti??hehe..kalau dah bosan tu, balik je la kampus tercinta...haha..kata-kata ini sebenarnya bukan ditujukan untuk orang lain sangat tapi untuk diri sendiri..hehe..tapi kepulangan ke kampus petang ni bukan la sebab bosan..tapi dek kerana assignment yang berlambak-lambak menunggu untuk disiapkan..huhu..terpaksa korbankan cuti..

Semalam cuba buat Oreo Cheesecake...Alhamdulillah, berjaya disiapkan tanpa ada adegan-adegan yang tak diigini..so, ini la rupanya..rupa tak cantik...ala, homemade kan..tak sama dengan kat kedai..haha..tapi sayangnya kali ni kek keras sikit..huhu..terlebih tepung kot..sepatutnya kena kurangkan sikit tepung sebab nak masukkan oreo..huhu..takpelah..belajar dari kesilapan..resipi on the spot katakan..haha..ni la gambar kek semalam..


hehe..tak cantik pun kek tu...haha..janji puas hati, makan pun kenyang..hehe..Ok, nak g kemas barang ni, nak balik hostel dah kejap lagi..huhu..jumpa lagi semua kalau berkesempatan lagi mengupdate blog ni..huhu...jumpa lagi..


Istimewa untuk Khaira, ni resipi oreo cheesecake ni..harap dapat cuba buat..

Bahan-bahan:-
250 gm cream cheese
1 biji telur
1/2 tin susu pekat
1 cmt tepung gandum
biskut oreo (hancurkan sikit) agak-agak la jumlah dia

untuk base dia,
mentega (cairkan)
biskut Marie hancur

Method,
1) sediakan base campurkan biskut marie dan marjerin..tekankan pada loyang yg dah dialas marjerin..ketepikan..letak dalam peti ais
2) pukul cream cheese smpai kembang, masukkan telur, masukkan susu pekat, tepung n oreo..pukul rata bahan2 ni..
3) tuang atas loyang tadi..
4)bakar double boiler dalam oven pada suhu 180 drjah..masa dlm 30 minit gitu rasanya..tgk la kek tu..jangan bakar lama sangat..nanti kek pecah...
5) siap..

*kadang2 klu nmpak da masak tu ok la walaupun nmpk lembik sikit..tunggu kek betul2 sejuk baru keluarkan..sejukkan dalam peti ais sblum mkn lagi sedap....


Salam Sayang
~Jijah~

5 Cerita baru:

Pjoyz Zul said...

jijah... bila mau pos kek kat aku nih... huhuhuhu

RuQaiYaH OtHMaN said...

janji sedap kak..haha..

Cik Jijah said...

hehe..tau xpe...sedap ni..
to pjoyz...aku da hntr hr 2 kat facebook...haha..

khaira said...

bley x nak resepi kek tu???macam sedap jer...

Cik Jijah said...

mesti la boleh....org letakkan dekat entri ni ek...