BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 22, 2008

Exam habis, TAPI?????

Assalamualaikum semua..lama tak menjenguk blog kesayangan ni..huhu..walaupun musim exam dah habis..tapi tetap tak ade masa menjengah blog ni..habis exam 20hb..lepas tu terus mula latihan debat..yelah, dah agak ketinggalan dek kerana paper yang agak kronik sem ini..huhu..rasenya tak banyak yang nak dikongsi kali ini,..Oh ye, harapnye masih belum terlambat (memang sah dah lambat..haha) untuk mengucapkan Good luck untuk semua calon SPM termasuk adik saya sendiri Wan Najihah @ Alang. Seterusnya Good Luck jugak untuk semua pendebat Se-Malaysia untuk Debat diraja yang akan bermula sangat tidak lama lagi..untuk pasukan UMT, buat yang terbaik...kita boleh buat..Amin...



Rasenye setakat ni sahaja dahulu dan blog ini akan terus terbiar hingga tamat debat diraja..hehe..

p/s: saya sangat penat sekarang..x sabar nak cuti betul2..huhu

Salam Cuti
~Jijah~

Monday, November 3, 2008

update sikit..

Assalamualaikum...apa khabar semua..cuba untuk update lagu sikit selagi mampu..ni pun saya pinjam laptop juniordan sambil dengar orang berdebat..hehe...sampai kat mana ye hari tu..ok..debat BPR...lepas tu saya ada jamuan raya tau..biar la benda ni dah lama, nak jugak cerita..jamuan raya HEVOTECH...ok la..makan2 macam biasa la..ni gambar dia..(nantilah saya upload, ni laptop orang...hehe)

Eh, sebelum tu ada Malam Anugerah Kelab-Kelab UMT (MAKUMAT)..hehe..kami menang tau..nombor empat kuiz cabaran akademik..hehe..ok la tu nombor 4..at least masuk final..ni la team saya yang best except Hamka yang jadi pelakon gantian...jangan marah..hehe..
Lepas jamuan raya, saya pergi Johor tau..ada field trip..huhu..walaupun akhir sem, ada lawatan lagi..duit juga sudah tidak ada..malas mau berjalan..huhu..takpe la..kami pergi Stesen MARDI Muadzam Shah dan Taman Organik Zenxin (betul ke tak eja ni ye..hehe)..ni gambar-gambar kat sana..nanti aku upload ek..

lepas tu, study week..huhu, tapi bukan study week bagi saya kerana sibuk siapkan lab report tertunggak..hehe..juga minggu ini, ada presentation Public Speaking..saya present tentang alam sekitar..macam pegawai JAS gitu..hehe...akhirnya musim exam tiba..jadualnya sangat kejam..saya mula pada hari pertama exam dan habis hari terakhir..huhu..tiga minggu tu..ni la jadual saya..

2 Nov- Asas Keusahawanan (Dah habis...hehe)
5 Nov- Fisiologi Lepastuai
12 Nov- Mikrobiologi Asas
17 Nov- Ekonomi pertanian
20 Nov- Penternakan Asas

huhu..itulah jadualnya..jauh kan gapnye..takpe la, nnti hari rabu ni balik rumah..hehe.... OK la, laptop dah tak ada bateri..jumpa lagi ye...tunggu gambar nanti ye..Assalamualaikum..

Salam Demam Exam.

~Jijah~

Monday, October 27, 2008

Kesibukan yang belum habis...

Assalamualaikum semua...sihat??...selamat hari raya..(masih dalam syawal)...musim exam dah dekat benar..aku punya paper 2 nov sampai la 20 nov..kiranya first and last la..huhu..sabo je la..banyak peristiwa yang dah berlaku..tapi tak sempat untuk di updatekan..jadi dengan kesempatan tunggu nasi siap ni, akucuba update selagi mampu..

pertama, debat sempena Sehari Bersama BPR...
kami telah diberikan mandat untuk berdebat sempena majlis tersebut..biasa-biasa je pun..ni la sedikit gambar hari tu..



setakat ni dulu..dah lewat..bubbye..nnti sambung lagi..ada bnyak lagi peristiwa dah berlaku..hehe..

Salam Bukak Puasa

~Jijah~

Wednesday, October 15, 2008

Raya oh raya Ep 2


Assalamualaikum semua..lama blog ni dah bersawang..maklum la..sibuk beraya ditambah pula test dan assignment yang berebut-rebut tarikh akhirnya..Student life..hehe..Hmm..apa yang nak dikongsi ye..


Hari raya tahun ni biasa-biasa je..dijalankan penuh kesederhanaan..(tak sempat sebenarnya). Hingga ke hari sebelum raya tu pun, jadual aku tetap sama, buat kek lapis tu..kalau tak, tak sempat la nak bagi kat orang yang tempah tu..habislah bisnes..haha..in the end, Alhamdulillah, berjaya aku habiskan tempahan dalam 17 biji tu. So, 17 x 35 = RM 595..itulah pendapatan aku raya ni..walaupun tak sebanyak 5K juara debat merdeka mahupun pidato kemerdekaan, hehe…aku tetap gembira sangat.. duit hasil usaha senddiri tu..akhirnya dapat la aku beli kamera sebijik..buat tanda kenang-kenangan yang aku ni pernah jual kuih..hehe..

So, hari raya terus dirai, sampai aku pun terponteng kelas..hehe..padahal rumah dekat je..saje buat hal..OK la..tak ada idea dh..nak g kelas pun..ok bye, ni gambar hari raya..semua family members tolak sorang yang jauh di perantauan...

Eh, gambar x boleh nak upload...line ada masalah..lain kali la aku letak gambar ek..Sorry..

Salam Dah Nak Habis Raya

~Jijah~

Sunday, September 28, 2008

Raya Oh Raya Ep 1

Assalamualaikum semua..Selamat menyediakan persiapan raya dan menghabiskan baki Ramadhan yang masih ada ni. Hmm..dah beberapa hari pulang ke desa, namun baru hari ni berkesempatan untuk mencoret-coret di blog ini setelah melakukan anjakan paradigma semalam. Dari gelombang merah jambu ke gelombang hijau pula. Alkisahnya, sepanjang aku pulang ni, aku belum sempat untuk berehat-rehat, apatah lagi untuk membuat assignment dan ulangkaji. Penat, memang penat..huhu..korang tau tak apa aku buat sepanjang dua tiga hari ni...aku jual kek. Kek Lapis Masam Manis sempena raya ni. sebelum balik cuti hari tu, aku cuma dimaklumkan tempahan sekadar 6 biji kek shj..Tapi bila aku dah selamat sampai ke rumah, tempahan meningkat menjadi 12, pastu jadi 14 dan yang latest semuanya 17 biji..huhu, rezeki Ramadhan walaupun memang aku penat gila buat kuih ni..Korang bayangkan ek, sebijik tu ada dalam 10 lapis yang aku perlu masak selapis demi selapis dan sehari aku buat 4 biji siang dan malam..dah la guna kukusan air tu, jawabnye tiap2 hari aku wapkan muka nih..free je, x yah g salon..haha..tapi berbaloi penat lelah aku, hasilnya nanti, boleh la aku beli benda yang memang dah lama aku idamkan..hehe..Ok la, aku pun dah penat, kek pun dah masak..let the pictures talks more..

lapisan pertama warna hijau...


bila dah masak, tabur gambir tu..letak banyak-banyak lagi best..

letak pulak lapisan kuning


dah siap 10 lapis..susun lagi gambir tu buat hiasan...susun ikut grid pun cantik

packaging dan sedia untuk delivery..kek lapis satu siap....

Tu je untuk kali ni..aku dah mengantuk ni..kejap lagi nak sahur dah..ok..nantikan raya ep 2..jumpa lagi...hati-hati di jalan raya, jangan main mercun....Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...

Salam Tauke Kek (Ahaks)
~Jijah~

Wednesday, September 24, 2008

PEMBERITAHUAN!!!

Assalamualaikum.....dengan ini diumumkan, tarikh keberangkatan pulang Cik Wan Mahfuzah telah jatuh pada 24 September 2008 yakni diawalkan sehari daripada tarikh jangkaan..haha, saat ni aku dah ada kat rumah...saje je post ni nak JELESkan korang yang tak balik lagi. seronoknya balik..........


Yeyy......AKU DAH SAMPAI RUMAH..........

Salam Orang Baru Jejak Rumah
~Jijah~

Tuesday, September 23, 2008

Tag lagi.........


Assalamualaikum semua....pagi ni jalan-jalan cari pasal pergi blog-blog orang lain...Eddy UTP telah men'Tag' aku..baik punya panjang r dia punya tag..rajin betul dia mereke..heh..soklan2 ni pun aku kena tapis..bahaya tag si Eddy ni.. Nah cik Eddy, aku jawab lagi termampu..



What are you listening to right now?
=lagu raya of course

Where are you right now?
= campus zone

What was the last thing you ate?
= megi tomyam sahur tadi..huhu...

If you were a crayon what color would you be?
= hijau warna alam..aku

How is the weather right now?
= Panas dan cerah pastu dah redup-redup dah

Who was the last person you talked to on the phone?
= Bonda dari kampung yang jauh di mata..haha..

Favorite type of Food?
=ape2 je..asal kenyang sudey..hehe

What color are your eyes?
=white...betul la kan??menjawab soalan dah tu...

Do you wear contacts?
=kadang-kadang...tgk atas mood

Single?
= of course

Favorite Month?
=May (besday aku ni tau, masuk je May terus prepare hadiah ye.

Ever cried for no reason?
= tak kot..gile hape tiba-tiba nangis..

Last Movie you watched?
= yukan club

Favorite day of the week?
=Jumaat penghulu segala hari..

Are you too shy to ask someone out?
= ajak kawan keluar x malu pun..someone gak tu..hehe

Chocolate or Vanilla?
= vanilla

What books are you reading?
= Economy by Griffith

Fav. Movie?
=layan je apa ada depan mata..

Fav. baseball team?
= satu team pun tak tahu..

Any pets?
= dulu la, kucing comel nama Khabie n Junior

AIM or Yahoo?
= Yahoo

Butter, Plain or salted popcorn?
= butter

Dogs or cats?
=mesti la cat

Fav. flower?
=bunga cengkih..haha

Have you ever fired a gun?
=pernah kot...haha

Do you like to travel by plane as opposed to car?
=naik basikal pun best

Right handed or left handed?
=kanan penuh keberkatan

How many pillows do you sleep with?
=4

Are you missing someone?
=yes....haha

wah, banyak soalan..penat aku nak jawab..Ok..aku pun tak nak tag orang lain, sape rasa dia nak buat, silakan dengan hormatnya..hehe..

ok..jumpa lagi..

p/s: aku dah nak balik, duk bilang hari dah ni..hehe

Salam Mangsa Tag
~Jijah~