Assalamualaikum semua..Selamat menyediakan persiapan raya dan menghabiskan baki Ramadhan yang masih ada ni. Hmm..dah beberapa hari pulang ke desa, namun baru hari ni berkesempatan untuk mencoret-coret di blog ini setelah melakukan anjakan paradigma semalam. Dari gelombang merah jambu ke gelombang hijau pula. Alkisahnya, sepanjang aku pulang ni, aku belum sempat untuk berehat-rehat, apatah lagi untuk membuat assignment dan ulangkaji. Penat, memang penat..huhu..korang tau tak apa aku buat sepanjang dua tiga hari ni...aku jual kek. Kek Lapis Masam Manis sempena raya ni. sebelum balik cuti hari tu, aku cuma dimaklumkan tempahan sekadar 6 biji kek shj..Tapi bila aku dah selamat sampai ke rumah, tempahan meningkat menjadi 12, pastu jadi 14 dan yang latest semuanya 17 biji..huhu, rezeki Ramadhan walaupun memang aku penat gila buat kuih ni..Korang bayangkan ek, sebijik tu ada dalam 10 lapis yang aku perlu masak selapis demi selapis dan sehari aku buat 4 biji siang dan malam..dah la guna kukusan air tu, jawabnye tiap2 hari aku wapkan muka nih..free je, x yah g salon..haha..tapi berbaloi penat lelah aku, hasilnya nanti, boleh la aku beli benda yang memang dah lama aku idamkan..hehe..Ok la, aku pun dah penat, kek pun dah masak..let the pictures talks more..
Tu je untuk kali ni..aku dah mengantuk ni..kejap lagi nak sahur dah..ok..nantikan raya ep 2..jumpa lagi...hati-hati di jalan raya, jangan main mercun....Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...
Salam Tauke Kek (Ahaks)
~Jijah~
2 Cerita baru:
nak sikit!!!!
Aku punye la menunggu kek ni sampai ump. tapi sampai ari ni x sampai... huhuhuhuhuhu
Post a Comment