BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 30, 2009

Tolong...

Assalamualaikum semua..just nak bagitau YM saya buat hal...tolong Add saya kembali....ni email saya jijah5295@yahoo.com.....Add ye....tQ....

P/s: Sakit Hati.........

Wednesday, January 28, 2009

Penghujung cuti dan kek lagi.. :)

Assalamualaikum semua..apa khabar..dah puas bercuti??hehe..kalau dah bosan tu, balik je la kampus tercinta...haha..kata-kata ini sebenarnya bukan ditujukan untuk orang lain sangat tapi untuk diri sendiri..hehe..tapi kepulangan ke kampus petang ni bukan la sebab bosan..tapi dek kerana assignment yang berlambak-lambak menunggu untuk disiapkan..huhu..terpaksa korbankan cuti..

Semalam cuba buat Oreo Cheesecake...Alhamdulillah, berjaya disiapkan tanpa ada adegan-adegan yang tak diigini..so, ini la rupanya..rupa tak cantik...ala, homemade kan..tak sama dengan kat kedai..haha..tapi sayangnya kali ni kek keras sikit..huhu..terlebih tepung kot..sepatutnya kena kurangkan sikit tepung sebab nak masukkan oreo..huhu..takpelah..belajar dari kesilapan..resipi on the spot katakan..haha..ni la gambar kek semalam..


hehe..tak cantik pun kek tu...haha..janji puas hati, makan pun kenyang..hehe..Ok, nak g kemas barang ni, nak balik hostel dah kejap lagi..huhu..jumpa lagi semua kalau berkesempatan lagi mengupdate blog ni..huhu...jumpa lagi..


Istimewa untuk Khaira, ni resipi oreo cheesecake ni..harap dapat cuba buat..

Bahan-bahan:-
250 gm cream cheese
1 biji telur
1/2 tin susu pekat
1 cmt tepung gandum
biskut oreo (hancurkan sikit) agak-agak la jumlah dia

untuk base dia,
mentega (cairkan)
biskut Marie hancur

Method,
1) sediakan base campurkan biskut marie dan marjerin..tekankan pada loyang yg dah dialas marjerin..ketepikan..letak dalam peti ais
2) pukul cream cheese smpai kembang, masukkan telur, masukkan susu pekat, tepung n oreo..pukul rata bahan2 ni..
3) tuang atas loyang tadi..
4)bakar double boiler dalam oven pada suhu 180 drjah..masa dlm 30 minit gitu rasanya..tgk la kek tu..jangan bakar lama sangat..nanti kek pecah...
5) siap..

*kadang2 klu nmpak da masak tu ok la walaupun nmpk lembik sikit..tunggu kek betul2 sejuk baru keluarkan..sejukkan dalam peti ais sblum mkn lagi sedap....


Salam Sayang
~Jijah~

Sunday, January 25, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Assalamualaikum semua...selamat bercuti untuk yang sedang bercuti..untuk yang tak bercuti atau tak dapat balik kampung, sabar la ye..huhu..cuti kali ni memang banyak kerja-kerja tertunggak yang perlu diselesaikan..tapi hingga ke hari ini pun belum memulakan apa-apa tugasan..khabarnya James dah siap banyak kerja..huhu..tak aci..

kali ni sekadar nak berkongsi hobi sepanjang 2,3 hari cuti ni..hehe...suka sangat tengok-tengok resipi kat internet ni..hehe..macam lepas gian dah lama tak masak kat asrama..hehe..So, hasilnya semalam aku dah buat 2 jenis desert..hehe..yang gambar kat bawah ni puding coklat..memang rasa mcm coklat betul just lembut macam puding..tapi tak tahan manis sangat..next time buat kena kurangkan manis dia sikit..huhu..dah la pakai mould ikan..berebut masing-masing nak kat bahagian perut ikan yang besar tu..haha..puding ni sangat simple and senang..sape-sape yang nak cuba boleh la..


keduanya cuba buat aiskrim coklat (coklat lagi..hehe)..macam aiskrim nestle kat kedai tu..tapi tak ada gambar la..ok la..boleh la makan..puas hati la jugak dengan aiskrim ni..hehe..nyum2...aiskrim buatan sendiri memang puas hati makan..hehe..ambik la, letak gambar hiasan je aiskrim coklat ni..Assume je la yang saya buat pun macam ni..hehe..
p/s: Gud Luck buat saudara Amirudin yang akan berkhutbah..doakan beliau berjaya..

Salam 1001 coklat,
~Jijah~

Friday, January 23, 2009

Piala Naib Canselor UMT

Assalamualaikum semua..selamat bercuti..yeyy..akhirnya mid sem telah tiba...walaupun kerja bertimbun-timbun, tapi at least boleh la berehat sikit dari bebanan kelas yang sangat padat sem ini..huhu..nasib baik la 5 lab seperti yang diberitahu sebelum ini, bukan la betul-betul lab..means, ada satu je lab yang memang every week nak kena submit lab report..nasib baik...kebelakangan ni memang stress sangat-sangat..tak tau kenapa..agaknya disebabkan dereten tugas yang menanti untuk disiapkan..mana nak letak lab report, tutorial, test lagi dan disedapkan lagi dengan segala laporan untuk kelab tercinta di samping kerja-kerja penyelenggaraan fail yang belum disiapkan..(huhu, dapat lagi kerja yang tak suka 2..tp itu kan Amanah..ttp kena jalankan dengan sebaiknya..)..



Ok, berbalik kepada tajuk entri kali ini....ok semua warga UMT, Debat Piala Naib Canselor akan kembali lagi untuk edisi tahun ini..semua peserta diharap bersiap-sedia untuk bertarung dalam pertandingan kali ini..Sedikit format akan diubah bagi sem ini, so, semua memang berpeluang dalam pertandingan ini.Setiap course mesti meghantar at least satu team bg setiap kategori. Jadi, boleh la mula bentuk team dan practise...semoga berjaya semua...

lebih maklumat tentang PNC, kunjungilah laman web Demi ini...
http://demi-umt.blogspot.com/2009/01/debat-piala-naib-canselor-umt-2009.html

Sebagaimana Entech, kelab kami iaitu HEVOTECH juga telah menyediakan senarai cadangan pendebat untuk PNC ini..tapi sekadar cadangan, mungkin ada perubahan lagi..hehe..saja je nak expose..nak tiru Ali XY..hehe..jgn marah ye ali..

Kategori Bahasa Melayu:
  • James Jam Jolly
  • Nor Syaziela binti Mohd Najid
  • Wan Mahfuzah binti Wan Ibrahim
  • kosong lagi..cepat siapa-siapa yang berminat pls inform saya atau james.. :)
Kategori Bahasa Inggeris
  • Mohd Aizat bin Hawari
  • Faridah binti Marinchil
  • Syazwan Bin Azizi
  • tak pasti lagi...
Itu sahaja untuk kali ini...Selamat Tahun Baru Cina buat yang menyambutnya,,jumpa lagi dalam entri akan datang...

p/s: dapat berita baik semalam..tak payah pergi kem..hehe...

Salam Cuti-cuti
~Jijah~

Saturday, January 17, 2009

Tag from Insan Kerdil


1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnye (anda di-tag).

4. Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnye dan menyatakan nama mereka di blog anda.

5. Jangan lupe melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah ditag.

______________________________________________________

Hoho..lagi sekali aku ditagged..kali ini oleh Insan Kerdil buat kali keduanya..hehe..tag ni kadang2 mmbantu jugak time idea kering nak post kat blog ni..hehe..Ok Cik Nuar saya dah jawab tag kali ini..gambar telah di'alter ' oleh kerana tidak berapa sesuai di blog ini..hehe..

10 hobi atau fakta pasal aku :-

  1. Belajar paling jauh kat Matrik Pahang je.
  2. hanya memulakan karier dalam dunia debat di UMT..
  3. Bercita-cita nak bukak kafe..hehe..sbb suka makan..haha..
  4. Mula bergelar Blogger pada tarikh 13 Mei 2008...(sempena peristiwa 13 Mei tu..hehe)
  5. Bakal Grad pada usia 21 tahun..InsyaAllah...muda kan..haha..jgn jeles..
  6. Seorang yang pendiam dan pemalu sebenarnya..kuhik2..
  7. Sangat gila main game tp skrg kurang sikit sebab mouse sy rosak..susah nk main..huhu
  8. Pernah Fail Math waktu matrik..haha...memang tak serasi dengan math..
  9. Fakta yg pernah diberitahu, Bilik asrama lagi tinggi drpd pokok kelapa. Blok x de lift. So, sama la macam panjat pokok kelapa hari2..huhu
  10. fakta terakhir, penat gile fikir nak completekan tag ni..huhu...

Selesai juga akhirnya...nampak mudah, tp nak pikir tu sikit punya susah..huhu..tp tak pe..yg penting dah siap...Ok, mangsa-mangsa yang bakal menjawab tag aku ni..sila ambil gambar kt atas atau kalau nk yang ori boleh tuntut di blog insan kerdil.

  1. Cik Wani
  2. Junny UTP
  3. Suria UMP
  4. Nasrul Hadi
  5. Helmy (update2..)

Selamat menjawab..terutama HELMY...tak larat tengok sawang kat blog awak tu..haha..bubbye..Assalamualaikum...

Friday, January 16, 2009

Marble Cheesecake....

Assalamualaikum semua...apa khabar??sihat hendaknya..jangan jiwa kacau macam saya semalam sudah..hehe..Alhamdulillah..kejap je jiwa kacau semalam..hari ni dah ok..maklum la, berada di rumah memang perkara yang menyenangkan..sebenarnya tidak banyak yang hendak dikongsi, cuma mahu berkongsi kegembiraan..hehe..hari ini dengan semangat waja, wira dan segala, akhirnya saya berjaya membuat kek yang telah lama saya idam-idamkan untuk mempunyai kepakaran membuatnya..sekurang-kurangnya tidak la selalu sangat duit dihulur buat 'cik resipi rahsia'..hehe..sekadar belanja 'pak cik Mydin' untuk dapatkan bahan-bahannya..hehe..rupa-rupanya, tak la sesukar mana untuk membuat kek ini tapi belanja bahannya tinggi sikit la..(huhu..duit JPA tak masuk-masuk lagi..tak dapat la buat banyak2...hehe)..So, dengan rasminya hari ini 16 Januari 2009, aku berjaya membuat MARBLE CHEESECAKE walaupun rupanya tak secantik kek 'cik resipi rahsia' tapi boleh la makan..hehe..setelah sejam aku di laman sesawang bagi mencari resipi yang sesuai..hehe..nnti gambar-gambar bakal diuploadkan..kalau kek tu tak habis lagi la esok..hehe...






Ok, itu saja..ni letak gambar hiasan dulu..buat penyedap entri ni..hehe..bubbye..

Salam Marble Cheesecake,
~Jijah~

Emosi tak Stabil......

Benci
Sedih
Sakit hati
Tak faham
Kepala pusing
ape-ape je la...