Assalamualaikum semua...salam Ramadhan, harap-harap semua sempurna puasanya ye..Alhamdulillah hari ni baru ada sedikit ruang untuk berkongsi dengan semua..Setelah selesai separuh bebanan kerja. Lab report fisio, livestock, microb semua dah siap. Test keusahawanan dan fisio juga dah lepas (walaupun lingkup gak..huhu). Yang tinggal, test microb esok dan livestock hari selasa ni. Presentation? ada 5 lagi. Ekonomi, livestock, fisio, public speaking, dan asas keusahawan. banyak lagi tu..huhu..biasa la..student lifes....
Berbalik kepada entri kali ini.Sebenarnya, peristiwa dah lama berlalu, tapi sempena Ramadhan ni, ingin aku kongsikan bersama. ceritanya begini. waktu perjalanan balik dari ekspo MAHA kira-kira berminggu-minggu yang lalu, ditakdirkan, telefon out of battery..sedangkan nak turun kat tengah jalan, nak singgah rumah dulu. waktu tu pulak tengah demam + memang tak ada suara (sakit tekak). Dari Kuala Lumpur jam 10 malam, tiba di Marang mesti la di subuh hari. sudahlah bateri tak ada, nak kejutkan kawan pun susah suara tak keluar. Akhirnya pinjam telefon kawan untuk hantar mesej kat ayah. tujuannya supaya sampai kat sana, ayah dah terus tunggu.
akhirnya sampai di Balai Polis Marang. Dengan bangganya turun. yela la, dah sampai kampung kan. bas pun berlalu. tiba-tiba terlintas kat kepala, eh, tadi tu hantar kat nombor mana. Alamak..salah hantar mesej.. aku dah cuak. Aku memang bermasalah nak ingat no telefon ni.huhu. pastu aku cuba tenangkan diri. fikir elok2-elok. kat situ gak ada sorang lagi budak lagi yang sedang tunggu nak diambil kot. pastu, bermula la konflik dalam diri, nak gi tanya ke tak budak tu dia ada kredit ke tak. hehe. lama aku bermonolog kat situ sampailah mak budak tu datang ambil. melepas peluan aku. Aku pun memang dah nekad dah, jap lagi, memang aku gi jalan cari Public Phone atau masuk balai polis pinjam telefon. hehe.
tiba-tiba budak tu keluar balik. dia tanya aku nak balik mana. aku pun pergi la kat kereta dia tu.
Mak Cik: nak balik mana ni?
aku: bukit payung
Mak cik: Mari makcik hantarkan, pagi-pagi macam ni bahaya duk sorang kat sini:
aku: Eh, xpe la mak cik.
Mak cik: Dah ada orang nak ambik??
Aku: dah mesej ayah, tapi mesej tak sampai kot. bateri dah habis.
Mak cik: Nah ambik telefon Mak cik, telefon ayah.
makanya berjaya aku telefon ayahku. Allah saja yang tahu perasaan aku waktu tu. Gembira, Terharu dan bermacam-macam lagi. di dalam kedinginan subuh hari, ada orang datang tanpa disangka untuk memberi bantuan. betapa cantiknya aturan Ilahi. Dalam arus dunia yang semakin individualistik ni, ternyata masih ada insan yang berhati mulia dan mengambil berat macam mak cik tu. Sesungguhnya, peristiwa di subuh hari tu memang meninggalkan kesan padaku.
Akhirnya, aku selamat sampai ke rumah (walaupun tunggu lama..salah aku la tak ingat nombor..hehe). Itu je ceritanya, mungkin bagi orang lain, benda ni benda kecik je. Tapi bagi aku, aku cukup terkesan dengan peristiwa ni.
Moral value : Expect the Unexpected.
: Take care other people..
: sayangi yang di bumi, nescaya yang di langit akan sayang padamu..
: buat mak cik tu, walau dimanapun anda, walau anda mungkin tidak akan membaca catatan ini, saya doakan Mak cik sentisa dalam limpahan rahmat dan kurniaan Allah.
Salam Ramadhan,
Jijah