BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 20, 2008

Moist Chocholate Cake

Assalamualaikum semua, sempena raya dah nak dekat ni, aku nak kongsi resepi kek coklat lembap yang sedap ni. cuba la buat. Resepi ni paling ringkas dan mudah. budak-budak pun boleh buat. Lagi satu korang boleh buat bisnes ni..Selamat mencuba.




Bahan-bahan


2 biji telur

1 1/2 cawan gula

1 1/2 cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko

1/2 cmt soda bikarbonat

1 1/2 cmt baking powder

1/2 tin susu cair

Esen vanilla

1 cawan minyak

1/2 mug air nescaffe

    Cara-caranya

  1. Pukul telur Dan gula hingga kembang
  2. Masukkan susu cair, minyak, vanila
  3. Masukkan bahan yg telah diayak bersama iaitu tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder.
  4. Masukkan air nescaffe
  5. Bakar @ kukus
  6. Siap dan sedap untuk dimakan :-)


gmbr dr enchek gugel....heee..ampun...

Sesuai dijadikan hidangan pagi raya..hehe..Ok..selamat mencuba..nak rasa, datang la rumah..hahaha...


Salam Balik Kampung,

~Jijah~

3 Cerita baru:

nurulnadiah said...

Selamat pulang ke kg, Jijah!

:-)

Pjoyz Zul said...

Resepi aku lagi mudah..

Bahan:
kete (pastikan minyak diisi)
duit (secukup rasa)

Cara:
1. Start enjin kete
2. Pegi bank n kuarkan duit
3. Pegi ke kedai kek (secret recipe etc)
4. Pilih kek yang diminati
5. Bayar kek tu
6. Makan kek tersebut

Selamat mencuba!

jijah@DemiUMT said...

to cikgu nadiah: tq..slmt pulang kampung jugak..

to pjoyz: baik punya ko punya resepi ni ek..secret recipe tu..ble la blanja aku kek resipi ko tu..hehe..