BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 29, 2008

Debat Kemerdekaan VS Assignment......

Sekian lama blog ini tidak ter’update’. Lantaran kesibukan melampau dengan meletakkan sesuatu yang lebih utama di hadapan mengakibatkan blog ini terabai. Pertengahan semester, biasalah. Semua assignment pun perlu dihantar, ditambah dengan bebanan lab report lagi. Huhu. Menambahkan lagi rencah kesibukan, Debat Kemerdekaan tiba pada masa ini. Walaupun bukan sebagai seorang pendebat waima sukarelawan pertandingan Debat Kemerdekaan yang diadakan di bumi Universiti Malaysia Terengganu ini , saya tetap sibuk hingga tugas hakiki selaku pelajar turut terabai (entah apa yang disibukkan sangat..=] ). Lebih memeritkan, sepanjang cuti kali ini, pulang ke Bukit Payong pun tidak walhal kakakku bakal kembali ke bumi asing L. Permohonan biasiswa JPA juga sukacitanya dimaklumkan TIDAK BERJAYA. Takpe la, dah memang tak ada rezeki la tu. Hmm, macam-macam yang berlaku. Biasalah, inilah kehidupan. Penuh cabaran yang perlu kita hadapi bukan melarikan diri.

Sedikit tentang Debat Kemedekaan Ala-Parlimen di UMT baru-baru ini. Tahniah buat UTP dan semua peserta dan juga yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Mohon maaf pada semua pendebat andai ada yang terkurang atau terlebih sepanjang penganjuran kali ini. Senang-senang berkunjung la lagi ke university pesisir pantai ni. Tahniah juga buat semua pendebat UMT. Sesungguhnya kalian telah berusaha bersungguh-sungguh walaupun tiada yang menghargai. J .Mungkin hari ini belum sampai masanya, namun percayalah, andai kita benar-benar berusaha dan tawakal padaNya, Allah pasti tidak mengecewakan hambaNya ini.

Setakat ini saja untuk kali ni. Kerja banyak lagi..jumpa lagi di post yang akan datang.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK...semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua......

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE 51...

'Perpaduan Teras Kejayaan'



Salam Anak Malaysia

~Jijah~


Thursday, July 24, 2008

La Tahzan...


JANGAN BERSEDIH DUHAI HATI…

Kadang-kadang dalam menyusuri kehidupan kita hari ini, halangan sering melanda. Namun sejauh mana cara kita mendepaninya ??. Kadang-kadang, bukan semua yang kita hajati mampu kita kecapi, apakah kita akan selalu mampu untuk reda??. Kadang-kadang, apa yang tidak pernah kita jangkakan datang kepada kita. Namun sahabat, sekali kita jatuh, terduduk, waima tertiarap sekalipun jangan selamanya disitu, jangan terus lumpuh. Bangkit kembali, redhakan hatimu dengan Qada’ dan Qadar aturan Ilahi kerana itu jua yang terbaik buat dirimu. Andai tidak mampu bangkit sendiri, tidak mengapa, ingatlah ALLAH itu sentiasa ada buatmu. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang. Andai hati terasa pedih apabila kehilangan sesuatu, sejukkan hatimu dengan Zikrullah. Alirkan air matamu, kamu tidak akan pernah menjadi insan yang lemah sekalipun mengalirkan air mata atas rasa pedih itu. Sesungguhnya sahabat, dalam kehidupan dunia ini, jangan sentiasa kita letakkan rasa terikat dan sentiasa memiliki, kelak jiwamu akan merana apabila ia menghilang atau tidak menjadi milikmu lantaran sukarnya hati untuk redha dengan takdirNya itu. Ingatlah bahawa tiada yang kekal di bumi ini.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."

(al-Hadiid: 22-23)


la tahzan.jpg

Sekian lama blog ini terbiar apabila semester baru bermula. Namun InsyaAllah akan saya usahakan untuk terus meng’hidup’kan blog ini. Hmm, post kali ini mungkin sedikit berbeza daripada biasa. Lebih sejuk daripada biasa. Mungkin kerana hati yang sedikit galau dan kacau kebelakangan ini. J. Sepertimana yang telah disebut di atas, jangan hati kita ini sentiasa kita rasa terikat atau terlalu memiliki. Rasionalnya mudah, bila hati sudah rasa terikat, susahlah untuk kita terima andai kata ia memang bukan untuk kita walau rukun iman yang terakhir menuntut kita untuk beriman pada Qada’ dan QadarNya. Percayalah, walaupun kadang-kadang tu, kita tak nampak hikmah di sebalik setiap kejadian, suatu hari nanti apabila kita berfikir, bertafakur mengenangi takdir yang telah ditetapkan oleh Allah, pasti kita akan mengucapkan Alhamdulillah,Segala puji buat Allah. Setiap kejadian itu pasti ada Hikmahnya walau bukan hari ini, esok ataupun lusa, ia tetap akan menjelma..

Akhir kata buat sahabat, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu hari ini kerana pasti Allah telah mengaturkan apa yang terbaik buatmu. InsyaAllah..wassalam..

P/S: Good Luck buat team UMT ke Debat Alam Sekitar…Gambatte…wish you all the best K.Erny, K.Intan, Ali and James.

Sunday, June 22, 2008

Jom berteka-teki..


teka-teki?? kalau dulu-dulu, kita sering dengar teka-teki yang skema....sesuai la ngn umur kita pada ketika itu..soalan binatang apa keris di kaki pun dah mencabar sangat dah...lepas tu, bila dah besar sikit..lagi banyak teka-teki yang wujud..siap ada yang memerlukan bantuan ilustrasi lagi..macam-macam la..hinggakan ada teka teki yang jawapannya boleh diubah-ubah oleh si pemberi teka teki lagi..hebat...namun beberapa hari yang lepas, sewaktu merayau-rayau di medan maya ni, terjumpa satu forum yang saya kira cukup menarik..walaupun kerap kali melayari laman web ini, namun baru hari ini terbuka hati nak menjengah forum yang satu ini..tajuk forum ni 'teka-teki islamik'...hmm..tertanya-tanya saya, apa yang dalam Islam ini yang boleh jadi teka-teki..mungkin kerana mindset saya yang kolot..konon-kononya teka teki is just for fun.. Jadi,rasanya saya ingin berkongsi dengan pengunjung semua teka-teki yang cukup menarik ini..Insya-Allah..beberapa hari lagi saya akan postkan jawapannya..

soalan-soalannya..ehem...
1. Ada berapa ayat dalam Al-Quran?
2. Ada berapa surah dalam Al-Quran?
3. Surah apa tiada Bismillah?
4. Ayat pertama dalam Al-Quran?

5."
What is more powerfull than Allah,
More evil than The Devil,
The Poor has it,
The Rich doesn't need it,
If you eat it, you'll die.." what is it???























cuba la jawab ye..
teka -teki ni semua saya dapat dari laman web www.iluvislam.com
layari la laman web ni ye..InsyaAllah banyak manfaatnya...
kredit buat semua penyumbang teka-teki di laman web ini...
:)


Tuesday, June 3, 2008

SUKMA di Terengganu...



Bermula 29 Mei 2008 hingga 9 Jun 2008, Sukan Malaysia atau SUKMA akan berlangsung di bumi Terengganu darul Iman ini. Sepanjang kejohanan ini, acara yang akan berlangsung akan dijalankan di seluruh pelusuk negeri terengganu..Dari Kemaman hingga la ke Besut. Si Diman

http://www.sukma-2008.com.my/

Untuk maklumat lanjut, lawati la laman web di atas. Untuk pengetahuan semua, saya sebenarya dah siapkan entri yang lebih panjang untuk post kali ini, tapi malangnya, terdelete. dah tak ada mood nak ulas balik..huhu..

Monday, May 26, 2008

Cuti Oh Cuti.....


Lama tak update blog ni. Bukan tak ada masa, tapi x ada idea. Huhu. Sekarang ni, rata-rata mahasiswa-mahasiswi sedang bercuti walaupun ada yang pergi latihan industri dan sebagainya (maaf la ye bagi yang tak betul-betul bercuti tu :-). Yang penting, mahasiswi ni dah 7 hari balik kampungku yang tercinta...Bukit Payong, Marang , Terengganu..(hehe..promote kampung sikit).


Hmm..sepanjang tujuh hari tujuh malam kat rumah ni, apa saya dah buat ye??. Mungkin salah satu keburukan cuti ni (bagi saya la) jadi MALAS sebab tak ada kerja yang secara spesifiknya perlu dibuat. Contohnya, kalau time belajar, kita kena study..Benda yang mesti tidak dapat tidak akan kita buat. Kesimpulan daripada bebelan di atas, apabila ada banyak kerja yang menanti kita, kita akan organize segala kerja dengan baik berbanding waktu tak ada kerja untuk dibuat yang menyebabkan kita cenderung untuk buang masa dengan perkara tak berfaedah. Malah kerja yang kita lakukan juga akan lebih berkualiti kerana kita akan lebih komited terhadap satu-satu perkara yang kita perlu lakukan. Semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri dan maaf andaikata anda tidak bersetuju. Salah satu cara saya untuk memastikan kerja-kerja tak terbengkalai, List down semua kerja yang perlu dibuat. Susun ikut priority dan dateline. Lepas tu tulis besar-besar dan gunakan dakwat yang warnanya menarik perhatian anda. Buat cantik-cantik pun tak apa asalkan tak sayang untuk diconteng selepas itu. Then, tampalkan kertas tu kat tempat yang selalu kita lihat. Bila dah siap satu-satu kerja tu, ambil marker dan potong apa yang dah siap. Wah, kerja siap, hati pun puas.

Rasanya entri ni dah menyimpang sedikit daripada tujuan asalnya..Ok, kita sambung balik apa yang dah dilakukan sepanjang cuti 7 hari ni...

Pertama, projek tanaman kailan...
Sebagai seorang pelajar pertanian, ilmu mesti dipraktikkan..
jangan sekadar bertani di dalam amali untuk markah sahaja..
So, sempena cuti ni, saya merancang dan telah melaksanakan projek ni..
Sekarang hari ketiga, anak-anak pokok dah bercambah walaupun ditanam di dalam pasu dan diletakkan di beranda rumah sahaja lantaran serangan perosak yang banyak..Geramm...
Tak sabar nak tunggu pokok-pokok ni besar dan boleh dituai..hehe..


Benih yang dah bercambah..lalala...

Kedua, Mi Sizzling
Hari kedua di rumah, saya tertarik dengan resepi Mi Sizzling di dalam majalah SAJI Mei 2008..
Lalu dengan penuh kesungguhan, saya ke kedai untuk membeli segala bahan dan makan mee sizzling di restoren as a benchmark untuk tentukan tahap mi sizzling yang saya hasilkan..
Akhirnya, semalam saya berjaya membuat mee sizzzling 'home-style' sebab tak ada pinggan khas tu. Apapun, rasanya tetap sedap dan terima kasih buat SAJI atas resipi tu.

Sekadar gambar hiasan...hehe...

Ketiga, perihal adik bongsuku..
Hari ini, adikku Hamizah a.k.a Ami telah bertolak ke Kelantan untuk menyertai pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan. Macam susah nak percaya. Lebih-lebih lagi sekolahnya (my former school) bukan sekolah di kawasan bandar mahupun popular tapi sebuah sekolah di kampung (belakang rumah je). Tahniah buat beliau dan doakan pasukan SK Padang Mengkuang berjaya di sana. Aminn...

Adikku, Wan Nur Hamizah... :-)


Rasanya itu sahaja coretan peristiwa sepanjang 7 hari di rumah..jumpa lagi di entri yang akan datang..bubbye..wassalam...

Wednesday, May 21, 2008

Piala DYMM Sultan Zainal Abidin Part 2


bersambung ke bahagian 2..

pada hari pertama. Pasukan UMT yang terdiri daripada k.fizah sebagai menteri pertama, Ali sebagai yang kedua, saya selaku yang ketiga sebagaimana biasa dan Shahrul berperanan sebagai yang keempat. terima kasih yang tak terhingga buat Shahrul yang menjadi fakta kes bergerak team UMT. Pusingan 1 menyaksikan UMT bertemu UiTM Jengka. Pusingan 2 UMT bertemu UiTM Dungun 4, pusingan 3 UMT bertemu UMP 2, pusingan 4 UMT lawan UiTM Dungun 2 dan pusingan 5, UMT bertemu IPSM. Di akhir pusingan awal menyaksikan UMT berada di tangga ke 4 setelah jatuh dari tangga teratas setelah ditumpaskan oleh IPSM dengan margin yang cukup besar. Rasanya perlawanan ini sahaja saya agak kurang berpuas hati dengan keputusan hakim. Bukan tidak boleh terima kekalahan namun rasanya kekalahan ini terlalu besar sedangkan IPSM tak pernah menjawab tuntutan konsep gagasan kerajaan. Malah contoh yang diberikan juga lari dari konsep kerajaan dan saya kira gagal untuk meragukan kes. Namun mungkin kerana pembawaan mereka yang cukup meyakinkan, mampu mempengaruhi hakim hingga memberi keputusan hakim 3-0 dan margin 4. Namun tak mengapa, mungkin sudah rezeki mereka dan tahniah untuk IPSM.

Seterusnya, Alhamdulilah..kami berjaya meneruskan ke peringkat suku akhir dan bertemu dengan pasukan 'adik-beradik' iaitu UDM. Kali ni kami pembangkang. Sebagai pembangkang, kami mungkin telah cuba untuk melawan kes, namun mungkin di atas faktor kekurangan fakta yang menyokong hujah, kami akhirnya tewas pada UDM yang berjaya melangkah ke pentas akhir. Kekalahan ini cukup memberi impak padaku hingga tanpa segan silu, airmataku gugur. Walaupun di tempat awam, air mata yang cukup payah untuk mengalir selama ini ibarat hujan bawaan taufan Nargis. Hari ini baru saya faham betapa peritnya kekalahan di peringkat suku berbanding tak masuk suku pun. Apapun, tahniah UDM. Doakan saya tak putus asa lepas ni.

Sedikit komen untuk tuan rumah. Saya rasa pengurusan masa bermasalah sikit. bukan apa, tidak hanya sekali kami ternanti-nanti di Dewan Kuliah Bakawali tu. Mungkin boleh perbaiki lagi. Yang lain semua OK. Usul? itulah keunikan PIDSZA.

Untuk pertandingan akhir, saya rasa saya lebih berpihak kepada pembangkang kerana beberapa sebab dan atas beberapa sebab setelah diteliti semula juga menjadi faktor kemenangan kerajaan. Ini adalah pendapat peribadi saya, seorang yang sangat baru dalam arena ini. Pertamanya, konsep kerajaan tidak berapa jelas dan sedikit tidak adil. Kerajaan seolah-olah membincangkan 'kontrak sosial: yang sudah itu sudahlah'. saya kira itu sedikit tidak adil kerana, perlembagaan merupakan asas kepada segalanya yang mana di akhir mana-mana cerita, kita tetap akan tunduk pada perlembagaan. Keduanya, kerajaan perlu perincikan kayu ukur perdebatan 'yang sudah itu sudah'. Apa yang sudah?. Jika hendak bercerita tentang pertikaian mereka perlu bezakan sama ada selepas kontrak sosial di meterai, tidak ada pertikaian lagi tentang ketuanan melayu atau wujud pertikaian, tapi berjaya diselesaikan. Akibat daripada masalah kedua ini, kerajaan dan pembangkang membawa kes yang seakan sama hingga mengelirukan sidang dewan. Pembangkang pula. Kredit untuk saudara Ahmad atas pembukaan kes yang sangat cantik namun gagal untuk diteruskan dengan baik oleh pembangkang kedua dan ketiga. Saya kira Ahmad telah membuka segala lompong kerajaan namun tak digunakan dengan baik. Lagi satu, kesilapan yang tak sepatutnya adalah, tidak ada satu premis yang seragam dan digunakan oleh ketiga-tiga orang pendebat yang akan menunjukkan kolarasi di dalam pasukan tersebut.

Apapun, pertandingan telah berakhir. Tahniah buat yang menang dan buat yang tak berjaya seperti saya sendiri, cuba lagi di tahun hadapan. Tahniah untuk pasukan UMP selaku johan kategori Bahasa Inggeris, UiTM Machang selaku johan kategori Bahasa Melayu, Saudara Ahmad sebagai pendebat terbaik perlawanan akhir dan juga Saudara Adam dari UMP selaku pendebat terbaik pusingan awal. Jumpa lagi PIDSZA tahun hadapan...

Monday, May 19, 2008

Piala DYMM Sultan Zainal Abidin Part 1


Alhamdulilah..Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin sudah selesai hari ini. Pertandingan akhir menyaksikan pertarungan antara UMT dan UMP bagi kategori bahasa inggeris dengan usul tentang angkasawan (maaf,lupe motion tu) . Tahniah bagi pasukan UMT kerana layak ke final namun mungkin nasib belum menyebelahi mereka, UMP memenangi kategori ini buat kali ketiga berturut-turut. Tahniah UMP. Untuk kategori Bahasa Melayu, Universiti Darul Iman menerusi pasukan junior mereka membuat kejutan untuk ke final setelah mengalahkan UMT dan IPSM di peringkat suku dan separuh akhir. Mereka bertindak sebagai pembangkang untuk membangkang usul gagasan kerajaan 'Ketuanan Melayu: yang sudah itu sudah' menentang pasukan UiTM Machang,Kelantan yang menewaskan pasukan UiTM Dungun 4 di peringkat separuh akhir. Sebelum saya mengupas pertandingan akhir ini dari kaca mata seorang yang masih hijau di dalam dunia debat ini, molek kita selusuri peristiwa atau perlawanan menarik di sepanjang debat PISZA (semestinya lebih tentang debat bahasa melayu kerana saya di situ).

Seterusnya, sebelum sampai di UiTM, kami diberitahu usul akan dikeluarkan pada taklimat peserta, namun apabila taklimat diberi, usul hanya akan dikeluarkan sebelum pertandingan sepertimana sebelum-sebelum ini. Pada mulanya, kami memang cuak sebab tak ada usul tapi selepas melaluinya, baru dapat rasa, apa kelebihan dengan sistem seperti ini. Kelebihannya, pendebat tidak akan 'tension' kerana tidak ada usul yang perlu dibuka konsepnya sekaligus mendapat rehat yang cukup. Untuk berdebat dengan baik, kita perlu rehat yang cukup terutamanya di dalam debat PISZA kerana 4 pusingan awal dijalankan dalam tempoh sehari.

bersambung ke Part 2...