BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 23, 2008

Tag lagi.........


Assalamualaikum semua....pagi ni jalan-jalan cari pasal pergi blog-blog orang lain...Eddy UTP telah men'Tag' aku..baik punya panjang r dia punya tag..rajin betul dia mereke..heh..soklan2 ni pun aku kena tapis..bahaya tag si Eddy ni.. Nah cik Eddy, aku jawab lagi termampu..



What are you listening to right now?
=lagu raya of course

Where are you right now?
= campus zone

What was the last thing you ate?
= megi tomyam sahur tadi..huhu...

If you were a crayon what color would you be?
= hijau warna alam..aku

How is the weather right now?
= Panas dan cerah pastu dah redup-redup dah

Who was the last person you talked to on the phone?
= Bonda dari kampung yang jauh di mata..haha..

Favorite type of Food?
=ape2 je..asal kenyang sudey..hehe

What color are your eyes?
=white...betul la kan??menjawab soalan dah tu...

Do you wear contacts?
=kadang-kadang...tgk atas mood

Single?
= of course

Favorite Month?
=May (besday aku ni tau, masuk je May terus prepare hadiah ye.

Ever cried for no reason?
= tak kot..gile hape tiba-tiba nangis..

Last Movie you watched?
= yukan club

Favorite day of the week?
=Jumaat penghulu segala hari..

Are you too shy to ask someone out?
= ajak kawan keluar x malu pun..someone gak tu..hehe

Chocolate or Vanilla?
= vanilla

What books are you reading?
= Economy by Griffith

Fav. Movie?
=layan je apa ada depan mata..

Fav. baseball team?
= satu team pun tak tahu..

Any pets?
= dulu la, kucing comel nama Khabie n Junior

AIM or Yahoo?
= Yahoo

Butter, Plain or salted popcorn?
= butter

Dogs or cats?
=mesti la cat

Fav. flower?
=bunga cengkih..haha

Have you ever fired a gun?
=pernah kot...haha

Do you like to travel by plane as opposed to car?
=naik basikal pun best

Right handed or left handed?
=kanan penuh keberkatan

How many pillows do you sleep with?
=4

Are you missing someone?
=yes....haha

wah, banyak soalan..penat aku nak jawab..Ok..aku pun tak nak tag orang lain, sape rasa dia nak buat, silakan dengan hormatnya..hehe..

ok..jumpa lagi..

p/s: aku dah nak balik, duk bilang hari dah ni..hehe

Salam Mangsa Tag
~Jijah~

Saturday, September 20, 2008

Moist Chocholate Cake

Assalamualaikum semua, sempena raya dah nak dekat ni, aku nak kongsi resepi kek coklat lembap yang sedap ni. cuba la buat. Resepi ni paling ringkas dan mudah. budak-budak pun boleh buat. Lagi satu korang boleh buat bisnes ni..Selamat mencuba.




Bahan-bahan


2 biji telur

1 1/2 cawan gula

1 1/2 cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko

1/2 cmt soda bikarbonat

1 1/2 cmt baking powder

1/2 tin susu cair

Esen vanilla

1 cawan minyak

1/2 mug air nescaffe

    Cara-caranya

  1. Pukul telur Dan gula hingga kembang
  2. Masukkan susu cair, minyak, vanila
  3. Masukkan bahan yg telah diayak bersama iaitu tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder.
  4. Masukkan air nescaffe
  5. Bakar @ kukus
  6. Siap dan sedap untuk dimakan :-)


gmbr dr enchek gugel....heee..ampun...

Sesuai dijadikan hidangan pagi raya..hehe..Ok..selamat mencuba..nak rasa, datang la rumah..hahaha...


Salam Balik Kampung,

~Jijah~

Tuesday, September 16, 2008

Balik Kampung

Assalamualaikum semua..mood tiba-tiba datang untuk menulis (tengah kelas lagi ni..hehe). ceritanya bermula, bila mood nak balik datang..huhu..walaupun dah balik sekejap minggu lepas..tapi sekejap sangat dan tak balik umah sendiri pun, balik umah nenek jer.. Orang mesti cakap, ala rileks la, orang lain pun tak balik. tapi sebenarnya situasi aku lain. kalau orang lain boleh la sebab jauh, tak ada tiket n macam-macam sebab lagi la. Tapi, aku ni dekat je ngan rumah. feel dia lain tau. kalau adik aku tiap2 minggu boleh balik, bukak puasa kat rumah. aku pun nak macam tu..huhu..waktu balik sekejap pun, dah kena perli2, dah tak ingat rumah??..huhu..hakikatnya, aku tetap perlu akur pada bebanan tugas dan tanggungjawab selaku seorang mahasiswa. Assignment, test, presentation..semua datang bertimpa-timpa. tapi Syukur Alhamdulillah, hampir semua dah selamat. sekarang, sedang menunggu tarikh2 untuk 2nd Test yang akan muncul pasca raya nanti..harapnya tiada lagi kerja tertunggak sebelum raya ni..hehe..



FYI (baca ala2 Karina cite Sutera Maya), aku tengah maraton movies. First, nak habiskan Gokusen 3. di samping tu, banyak la khatam movie lain. ni yang aku malas bila dah tak banyak kerja ni..hehe..

ok lah..aku nak dengar presentation nih..nah, lirik untuk kita semua sempena musim dekat-dekat dah nak balik kampung ni..hehe..

AKU INGIN PULANG by Ebiet G.Ade

Kemanapun aku pergi
Bayang bayangmu mengejar
Bersembunyi dimanapun
S’lalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri

Ku tanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang dalam kesunyian

Aku mencari jawaban di laut
Ku sadari langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan
Du du du

Kemanapun aku pergi
Selalu ku bawa bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintumu ku buka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa

Aku ingin pulang uhuu
Aku harus pulang uhuu
Aku ingin pulang uhuu
Aku harus pulang uhuu
Aku harus pulang


ok..selamat teruskan puasa untuk hari ke 16 dan seterusnya..Selamat Beramal..

p/s: lagu ni mesti ingatkan korang iklan petronas tu ye...

25 September 2008, datanglah cepat...Aku ingin PULANG...........hehe..


Salam dari Kejauhan
~jijah~

Thursday, September 11, 2008

TAG di Bulan Ramadhan...

Assalamualaikum.....selamat berpuasa untuk hari ke 11..teruskan lagi sampai habis ye..hehe..biasanya aku duk tengok je orang main 'Tag-mengetag' ni tapi kali ni aku kena 'tag' pulak..huhu..thanks to insan kerdil kerana sudi tag aku ni..untuk expose la konon..huhu..nasib baik la aku tengah rajin nak buat mnde alah ni..



Aku bukan reti sangat pun menda-menda alah ni..nasib baik yang ni senang jerr..so, skrg, siapa yang akan meneruskan permainan ni..hehe..ok..insan-insan terpilih kali ni adalah:-

  • Kak She
  • Junny UTP
  • Ali XY
  • Cikgu Nadiah
  • Aizuddin Unitar
Buat insan terpilih ni, selamat mngeTag...selamat berpuasa, selamat maju jaya..copy paste je gambar comel kat atas tu..pastu post kat blog korang..selamat mencuba..haha...



Salam Puasa ke 11..
~Jijah~

Friday, September 5, 2008

Peristiwa Di Subuh Hari

Assalamualaikum semua...salam Ramadhan, harap-harap semua sempurna puasanya ye..Alhamdulillah hari ni baru ada sedikit ruang untuk berkongsi dengan semua..Setelah selesai separuh bebanan kerja. Lab report fisio, livestock, microb semua dah siap. Test keusahawanan dan fisio juga dah lepas (walaupun lingkup gak..huhu). Yang tinggal, test microb esok dan livestock hari selasa ni. Presentation? ada 5 lagi. Ekonomi, livestock, fisio, public speaking, dan asas keusahawan. banyak lagi tu..huhu..biasa la..student lifes....


Berbalik kepada entri kali ini.Sebenarnya, peristiwa dah lama berlalu, tapi sempena Ramadhan ni, ingin aku kongsikan bersama. ceritanya begini. waktu perjalanan balik dari ekspo MAHA kira-kira berminggu-minggu yang lalu, ditakdirkan, telefon out of battery..sedangkan nak turun kat tengah jalan, nak singgah rumah dulu. waktu tu pulak tengah demam + memang tak ada suara (sakit tekak). Dari Kuala Lumpur jam 10 malam, tiba di Marang mesti la di subuh hari. sudahlah bateri tak ada, nak kejutkan kawan pun susah suara tak keluar. Akhirnya pinjam telefon kawan untuk hantar mesej kat ayah. tujuannya supaya sampai kat sana, ayah dah terus tunggu.

akhirnya sampai di Balai Polis Marang. Dengan bangganya turun. yela la, dah sampai kampung kan. bas pun berlalu. tiba-tiba terlintas kat kepala, eh, tadi tu hantar kat nombor mana. Alamak..salah hantar mesej.. aku dah cuak. Aku memang bermasalah nak ingat no telefon ni.huhu. pastu aku cuba tenangkan diri. fikir elok2-elok. kat situ gak ada sorang lagi budak lagi yang sedang tunggu nak diambil kot. pastu, bermula la konflik dalam diri, nak gi tanya ke tak budak tu dia ada kredit ke tak. hehe. lama aku bermonolog kat situ sampailah mak budak tu datang ambil. melepas peluan aku. Aku pun memang dah nekad dah, jap lagi, memang aku gi jalan cari Public Phone atau masuk balai polis pinjam telefon. hehe.

tiba-tiba budak tu keluar balik. dia tanya aku nak balik mana. aku pun pergi la kat kereta dia tu.

Mak Cik: nak balik mana ni?
aku: bukit payung
Mak cik: Mari makcik hantarkan, pagi-pagi macam ni bahaya duk sorang kat sini:
aku: Eh, xpe la mak cik.
Mak cik: Dah ada orang nak ambik??
Aku: dah mesej ayah, tapi mesej tak sampai kot. bateri dah habis.
Mak cik: Nah ambik telefon Mak cik, telefon ayah.

makanya berjaya aku telefon ayahku. Allah saja yang tahu perasaan aku waktu tu. Gembira, Terharu dan bermacam-macam lagi. di dalam kedinginan subuh hari, ada orang datang tanpa disangka untuk memberi bantuan. betapa cantiknya aturan Ilahi. Dalam arus dunia yang semakin individualistik ni, ternyata masih ada insan yang berhati mulia dan mengambil berat macam mak cik tu. Sesungguhnya, peristiwa di subuh hari tu memang meninggalkan kesan padaku.

Akhirnya, aku selamat sampai ke rumah (walaupun tunggu lama..salah aku la tak ingat nombor..hehe). Itu je ceritanya, mungkin bagi orang lain, benda ni benda kecik je. Tapi bagi aku, aku cukup terkesan dengan peristiwa ni.

Moral value : Expect the Unexpected.
: Take care other people..
: sayangi yang di bumi, nescaya yang di langit akan sayang padamu..
: buat mak cik tu, walau dimanapun anda, walau anda mungkin tidak akan membaca catatan ini, saya doakan Mak cik sentisa dalam limpahan rahmat dan kurniaan Allah.


Salam Ramadhan,

Jijah

Friday, August 29, 2008

Debat Kemerdekaan VS Assignment......

Sekian lama blog ini tidak ter’update’. Lantaran kesibukan melampau dengan meletakkan sesuatu yang lebih utama di hadapan mengakibatkan blog ini terabai. Pertengahan semester, biasalah. Semua assignment pun perlu dihantar, ditambah dengan bebanan lab report lagi. Huhu. Menambahkan lagi rencah kesibukan, Debat Kemerdekaan tiba pada masa ini. Walaupun bukan sebagai seorang pendebat waima sukarelawan pertandingan Debat Kemerdekaan yang diadakan di bumi Universiti Malaysia Terengganu ini , saya tetap sibuk hingga tugas hakiki selaku pelajar turut terabai (entah apa yang disibukkan sangat..=] ). Lebih memeritkan, sepanjang cuti kali ini, pulang ke Bukit Payong pun tidak walhal kakakku bakal kembali ke bumi asing L. Permohonan biasiswa JPA juga sukacitanya dimaklumkan TIDAK BERJAYA. Takpe la, dah memang tak ada rezeki la tu. Hmm, macam-macam yang berlaku. Biasalah, inilah kehidupan. Penuh cabaran yang perlu kita hadapi bukan melarikan diri.

Sedikit tentang Debat Kemedekaan Ala-Parlimen di UMT baru-baru ini. Tahniah buat UTP dan semua peserta dan juga yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Mohon maaf pada semua pendebat andai ada yang terkurang atau terlebih sepanjang penganjuran kali ini. Senang-senang berkunjung la lagi ke university pesisir pantai ni. Tahniah juga buat semua pendebat UMT. Sesungguhnya kalian telah berusaha bersungguh-sungguh walaupun tiada yang menghargai. J .Mungkin hari ini belum sampai masanya, namun percayalah, andai kita benar-benar berusaha dan tawakal padaNya, Allah pasti tidak mengecewakan hambaNya ini.

Setakat ini saja untuk kali ni. Kerja banyak lagi..jumpa lagi di post yang akan datang.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK...semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua......

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE 51...

'Perpaduan Teras Kejayaan'



Salam Anak Malaysia

~Jijah~


Thursday, July 24, 2008

La Tahzan...


JANGAN BERSEDIH DUHAI HATI…

Kadang-kadang dalam menyusuri kehidupan kita hari ini, halangan sering melanda. Namun sejauh mana cara kita mendepaninya ??. Kadang-kadang, bukan semua yang kita hajati mampu kita kecapi, apakah kita akan selalu mampu untuk reda??. Kadang-kadang, apa yang tidak pernah kita jangkakan datang kepada kita. Namun sahabat, sekali kita jatuh, terduduk, waima tertiarap sekalipun jangan selamanya disitu, jangan terus lumpuh. Bangkit kembali, redhakan hatimu dengan Qada’ dan Qadar aturan Ilahi kerana itu jua yang terbaik buat dirimu. Andai tidak mampu bangkit sendiri, tidak mengapa, ingatlah ALLAH itu sentiasa ada buatmu. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang. Andai hati terasa pedih apabila kehilangan sesuatu, sejukkan hatimu dengan Zikrullah. Alirkan air matamu, kamu tidak akan pernah menjadi insan yang lemah sekalipun mengalirkan air mata atas rasa pedih itu. Sesungguhnya sahabat, dalam kehidupan dunia ini, jangan sentiasa kita letakkan rasa terikat dan sentiasa memiliki, kelak jiwamu akan merana apabila ia menghilang atau tidak menjadi milikmu lantaran sukarnya hati untuk redha dengan takdirNya itu. Ingatlah bahawa tiada yang kekal di bumi ini.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."

(al-Hadiid: 22-23)


la tahzan.jpg

Sekian lama blog ini terbiar apabila semester baru bermula. Namun InsyaAllah akan saya usahakan untuk terus meng’hidup’kan blog ini. Hmm, post kali ini mungkin sedikit berbeza daripada biasa. Lebih sejuk daripada biasa. Mungkin kerana hati yang sedikit galau dan kacau kebelakangan ini. J. Sepertimana yang telah disebut di atas, jangan hati kita ini sentiasa kita rasa terikat atau terlalu memiliki. Rasionalnya mudah, bila hati sudah rasa terikat, susahlah untuk kita terima andai kata ia memang bukan untuk kita walau rukun iman yang terakhir menuntut kita untuk beriman pada Qada’ dan QadarNya. Percayalah, walaupun kadang-kadang tu, kita tak nampak hikmah di sebalik setiap kejadian, suatu hari nanti apabila kita berfikir, bertafakur mengenangi takdir yang telah ditetapkan oleh Allah, pasti kita akan mengucapkan Alhamdulillah,Segala puji buat Allah. Setiap kejadian itu pasti ada Hikmahnya walau bukan hari ini, esok ataupun lusa, ia tetap akan menjelma..

Akhir kata buat sahabat, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu hari ini kerana pasti Allah telah mengaturkan apa yang terbaik buatmu. InsyaAllah..wassalam..

P/S: Good Luck buat team UMT ke Debat Alam Sekitar…Gambatte…wish you all the best K.Erny, K.Intan, Ali and James.